Bacaan Al Quran

Listen to Quran

KEDAH SENGET


BERSEMPENA DENGAN TAHU BARU MAAL HIJRAH 1 HB MUHARAM 1433 BLOG INI MENGAMBIL NAFAS BARU BAGI MENGHORMATI PIHAK PIHAK YANG BEKENAAN YANG MAHU ISU ISU YANG BERBAU PERIBADI DI GANTI DENGAN ISU ISU PERINGATAN PADA UMAT ISLAM KHUSUSNYA NEGERI KEDAH.SESUNGGUHNYA UMAT ISLAM DIAKHIR ZAMAN INI TELAH MENJADI MANGSA DEMOKRASI BARAT LAKNATULLAH SELEPAS NEGARA INI MENERIMA SISTEM DEMOKRASI YANG TELAH MERAMPAS HAK RAJA RAJA YANG SEHARUSNYA MEMPUYAI KUASA MUTLAK BERTINDAK SEBAGAI KHALIFAH . SISTEM DEMOKRASI INILAH YANG SEBENARNYA MENJADI PUNCA KEHANCURAN MANUSIA DAN PERPECAHAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA MASA KINI. .SUARA TERBANYAK MENJADI PENENTU KEPADA PERLAKSANAAN SYARIAT ALLAH YANG DIWAJIBKAN KEATAS MANUSIA.SAMA SEKALI DEMOKRASI BARAT YANG SEDANG DIAMALKAN SEKARANG INI ADALAH BERCANGAH DENGAN TUNTUTAN PADA FITRAH MANUSIA .MANUSIA JADI SESAT APABILA DIBERI HAK MEMILIH PEMIMPIN NEGARA AHLI POLITIK YANG BERKUASA MEMBUAT DASAR PEMERENTAHAN NEGARA .
SESUNGGUHNYA KHALIFAH ATAU RAJA ATAU SULTAN DITENTUKAN OLEH ALLAH (SWT)MANA KALA HAK MELANTIK PEMIMPIN HANYA TERHAD KEPADA PELAKSAAN SYARIAT SAJA TIADA TERLIBAT DALAM MELANTIKAN PEMBUAT ATAU PENENTU DASAR PEMERENTAHAN .HUKUM DAN PERINTAH TUHAN TETAP KEKAL SEBAGAI SATU PERENTAH DARI TUHAN YANG MENCIPTA ALAM INI DAN MANUSIA TIADA HAK MEMILIH MELALUI PUNGUTAN SUARA ATAU PETI UNDI TERBANYAK.SEKIRANYA BELAKU KEZALIMAN DAN PEYELEWENGAN PEMIMPIN YANG DILANTIK OLEH ALLAH LAZIMNYA MENGIKUT KETURUNAN DAN ORANG YANG TEREPILIH MAKA TUGAS ORANG BERIMAN BERDOA KAPADA ALLAH UNTUK MENUKARNYA DENGAN PEMIMPIN YANG LEBIH BAIK MAKA SEGALA DOSA PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT PADA ALLAH (SWT) RAKYAT BERSERAH DAN KEMBALI.
KEMBALILAH KEPADA SISTEM KHALIFAH YANG DITUNTUT.KEMBALIKAN KUASA MUTLAK PADA RAJA DAN SULTAN.

Tuesday, April 26, 2011

Mana Usrah cara menilai pemimpin yang hendak di lantik

Saya tetap tertanya tanya kenapa dalam PAS kenapa  tidak pernah ada Usrah atau tamrin  bertajuk cara cara "memilih pemimpin."Saya harap puak puak serban besar bakul.ustaz Ulamak dan juga yang duduk dalam semak tolong jawap soalan ini.Sejak dari Pas di tubuhkan hingga hari ini tidak ada satu pun garis panduan atau penerangan dalam bentuk Ilmiah amal jemaai yang di tarbiahkan pada Ahli dalam bab tersebut.Apakah puak puak itu atau pemimpin  itu lupa bahawa ini lah sebenarnya ilmu yang di cari dan merupakan titik persolannya dalam mengerakan jemaah.

Isu ini di bangkitkan sebab ianya seolah olah telah jadi budaya dalam PAS.Bila tiba saja musim pemilihan bebagai cara dan persepsi yang dibuat bagi menilai seseorang pemimpin yang boleh membuat kita ragu bagai mana kita mahu megukur  kepercayai, keiklasan seseorang itu  dalam Perjuangan,sedia berkorban apa saja malah jiwa dan harta benda semata mata untuk perjuangan.Apakah di sebalik ketiadaan tajuk demikian boleh membuka ruang pada saf pimpinan di cerobohi oleh pihak yang menyamar.Apa yang saya nilai sejak  berapa puluh tahun perjuangan PAS hanya satu saja makanisma yang di gunakan ia itu budaya kagum yang meguasai cara menilai pemimpin PAS.

Balik Mesir,ada ijazah,di gelar Ustaz boleh mengajar kuat maki UMNO maka ruang nak jadi pemimpin sudah mula di buka oleh ahli itu sendiri.Hinggalah keperingkat AJK Pusat.Fikrah yang bercangah dengan amal jemaai,sikap yang bercangah dengan keputusan jemaah pun dah mereka tak nampak lagi padahal itu lah ciri ciri yang boleh menghalang kemaraan Islam dan mehasil keretakan dalam jemaah sebab akan berpecah melalui fikrah.

Dimula dengan berpecah melaui fikrah kemudian di ambil kesempatan untuk bina pengaruh kemudian mempegaruhi ahli untuk mendapat sokongan jawatan dalam Parti  akhirnya  terpacak lah ia sebagai pemimpin. walaupun ada pemimpin lain yang lebih layak memegang jawatan tersebut apa bila di nilai dari sudut psejarah pergorbanan.Ini satu kelemahan yang tidak pernah di ambil kira oleh para Ustaz yang berilmu dalam Pas.Budaya kagum dengan Ilmu yang dimiliki tidak semistinya mempuyai ciri ciri kepimpinan yang mampu mengerakan jemaah.

Kenapa tidak kita menilai dan mengukur mana mana pemimpin yang hendak dilantik bukan saja dari sudut Ilmu  tetapi dari sudut pengorbanan,hidayah,pertunjuk,istikhomah,walak pada jemaah,serta Tiqah yang berpanjangan.Oleh sebab kita lalai dengan  ciri ciri ini maka naik lah pemimpin yang seperti Azizan Razak,Hasan Ali,Utz Nazzarudin, Md Isa .Stopa Ali ,Nasarudin Tantawi  di mana mereka  mereka ni telah menjadi bebanan pada PAS hari ini.Pengaruh dan peyokong akan melobi hingga tiada batas dan had atas dasar kemararan dan nafsu.Keadaan ini mampu  memporak perandakan jemaah .

Akibat dari  keterampilan  diri mereka yang mempuyai  nayak kelibihan dari sudut kelulusan akadamik kita jadi kagum justru kelalaian menilai  sudut amal jemaai.Mereka mereka ini klangsung tidak menghormati keputusan jemaah ada saja alasan bagi megiakan tindakan mereka tetapi  kesudahanya membawa perpecahan dalam jemaah.Sudah ada ciri ciri "Divide and Rule" dalam bentuk fikrah yang amat serious sekarang ini.Hinggakan isu nak jadi No.1 dan No 2 dalam Pas menjadi isu hangat yang tak sepatutnya.Sedangkan yang terpelihara dasar perjuangan terletak pada Majlis syura dan Dewan Ulamak,Sedangkan siapa pun yang terlantik  untuk No 1 atau No 2 tidak memberi apa apa kesan pada dasar melainkan Majlis syura itu yang di beri hak sepenuhnya dalam hala tuju menentukan dasar parti.

Apa pun mari kita kaji isu ini secara mendalam sebelum memnbuat apa apa keputusan apakah yang sebenarnya  perlu ada  pada seseorang itu sebelum dilantik sebagai pemimpin .  dengan berkesan.Hidayah dan Pertunjuk atau Ilmu yang di miliki atau sekadar kagum dengan ketokohan atau pakar dalam motivasai.

Samakah pengorbannan seseorang itu apabila ia berkorban keewangannya berbanding dengan  pengorbanan tubuh badan jiwa raganya nya sendiri sebagai cagaran pada perjuangan.Mana satu yang mendapat pertunjuk yang menguntungkan jemaah apabila ia di beri mandat untuk memimpin.

9 comments:

  1. PAS..PRU13, bungkus la hampa. Ngaji agama pandai tp masih tewas di tangan takhta, harta dan wanita. camno ni?? camno nak memimpin negara? PAS tiada pemimpin yg berkaliber. Yg ada hanyalah ulama politk yg hampa taksub..
    Good bye PAS. Tanpa PAS, Islam tetap mekar dan subur kerana itulah janji Allah swt. PAS tak lebih daripada parti ciptaan manusia. Takde kehebatan pun. Yg ada kaki ampu, kaki penipu dan tak dinafikan ada juga golongan yg ikhlas, namun mereka perlulah berubah!..tinggalkan PAS, tinggalkan PKR...

    ReplyDelete
  2. Kenapa kena tingalkan PAS,PKR misti juga Tinggalkan UMNO/BN sebab mereka itu perompak dan penyamun harta rakyat dan orang Melayu yang lebih bahaya.UMNO/BN lagi haprak tidur satu katil megecap nikmat bersama ia itu habuan,rompak,bunoh,sex,rasuah,tindas rakayat.Jumpa UMNO dengan PR kena lah pukul UMNO/BN dahulu sebab lebih bahaya .Jumpa ULAR dengan UMNO pun pukul UMNO dulu bukan nya ular.Ini keputusan Rakyat dalam PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  3. PAS ni mula rosak bila dah berkawan dgn Anwar Brahim. Geng lebai bila jumpa geng erdogan, depa ni inferiority complex skit...cepat terpegun dgn character yg kononnya 'smart thinker'... tu yg payah tu..mudah mengalah dan mudah kena kelentong..Semangat kira dah membara..apa lagi..curah petrol saja menyala la..tapi tak tau apa yg dah terbakar..Susah bila nak bawak berbincang dgn orang yg kononnya 'berilmu'..tapi tak 'berakal'... tambah pula bila dah ada kuasa.. sama saja...PAS UMNO..bila Melayu tu..tetap akan me-Layu...yg cerdik, mudah berbicara...yang bangang...kata pi la apa pun..

    ReplyDelete
  4. dan yg paling buat serabut, bila bangang tu jatuh kat pemimpin macam MB...dikelilingi pula oleh YB-YB yg bertelurkan 'made in China'....

    ReplyDelete
  5. Parti tak salah yang salah pemimpim Parti sama lah dengan ugama kita.Islam tak salah yang salah orang islam yang tak ikut Islam.Kalau pemimpin meyeleweng kita tentang pemimpin itu bukan tentang parti itu.Kita tentang UMNO sebab dasar dan matlamat Parti itu yang bukan Islam,Begitu juga sikap kita dengan PAS kita sokong Pas sebab Dasar dan Matlamatnya Islam.Kita tentang pemimpin PAS sebab mengkianati Islam atau tak jalankan Islam.Apa yang berbelit belit tak faham politik bodoh sangat orang melayu ni.Zaman nabi dan sahabat pun ada yang buat dosa tapi adakah Umat islam ketika tu menentang Nabi atau ajarannya.Sekali lagi saya nak ulang kita menentang UMNO/BN bukan sebab namanya tetapi fahaman dasar yang di bawanya lantas menjadi amalan para pemimpinnya seperti rasuah,salah gunakuasa hingga rakyat menderita termasuk orang mnelayu.Harta orang meleayu semakin pupus bukan parti UMNO yang Rompak tapi pemimpin UMNO yang rompak sebab dasar parti dan politik UMNO tidak ada menyebut syariat Islam atau hukum Islam jelas sekali Parti nitu bukan Islam walau pun pengikutnya orang Islam.Samlah dengan parti NDP Mesir.Ahli Parti hampir semua Islam tapi dia buka parti Islam.Semua ini berpunca dari dasar UMNO/BN yang di perjuangkan bertentangan dengan Islam.PAS dalam pakatan bukan kerana Anuar tetapi parti itu mahu bersama jatuhkan UMNO/BN yang membuat zalim pada Rakyat.Matlamat perjuangan Islam ialah menjatuhkan kerajaan yang Zalim .Kalau PAS kesaorang nak jatuhkan UMNO.BN sudah tentu mustahil.Kalau Anuar mati sekali pun Pakatan tetap kukuh selagi PKR dan DAP mahu bersama Pakatan yang lain bersama membebaskan Rakyat dari di kongkong rejim yang zalim ia itu UMNO/BN dah 50 tahun dah dok tipu dan tindas Rakyat.Nasib Rakyat Malaysia sama lah dengan Dunia Arab sekarang ini yang sedang memberontak.Masanya dah sampai Allah takdirkan Rakyat yang berbilang kaum ,ugama dan keturunan berganding bahu dalam satu pakatan menjatuhkan mana mana kerajaan yang Zalim.Lihat lah apa yang sedang belaku.Buatlah apa yang UMNO/BN nak buat siar lah berapa banyak Vedio lucah.Rakyat tak lagi persoal hal Moral pemimpin tetapi Rakyat persoal kan sistem pemerentahan yang merugikan Rakyat.Oleh sebab terlalu lama UMNO/BN memerentah sampai hari ini rakyat semakin susah semakin merana oleh sebab tak tahan dengan kos hidup,harta rakyat di rampas,kehidupan di kuasai oleh puak yang kaya.Nak senang nak kaya kena amal budaya rasuah.Nak berniaga nak kontrak kena ada orang dalam.Nak sara anak mengaji kena ada banyak duit,nak banyak duit kena kuat kerja.Tapi selarat mana rakyat nak kerja semakin kuat kerja semakin naik kos sara hidup.Rakyat dah letih dan sudah hilang tenaga.Semakin maju Negara semakin susah rakyat jelata jadinya.Ini lah yang dikatakan sistem yang rosak ini lah punca segala galanya yang cuba di tutup oleh pemerentah sekarang ini.Bukan masalah parti atau moral peri badi soalnya Rakyat nak hidup tampa tekanan yang tidak mampu di tahan lagi.Ada paham kah.Rakyat dah tak peduli lagi siapa yang perentah,bangsa apa yang pegang kuasa pokoknya siapa yang dapat selamatkan Rakyat dari terus di tindas maka mereka itu lah akan jadi Hero.Klau sistem Islam dapat meyelamatkan rakyat maka Islam lah akan di terima oleh seluruh Rakyat bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia.Rak yat Mesir dah jumpa apa yang di perjuangakan maka Sistem islam lah yang sedang mengambil tempat di mesir.Dan akan di ikuti oleh negara negara Arab yang lain.OOOOi Melayu buka lah mata pasang lah telinga jangan jadi pak turut membabi buta tak tahu apa yang sedang belaku di depan mata ke arah mana nak di tuju manusia zaman sekarang ini.

    ReplyDelete
  6. PAS tak pernah Rosak pemimpin PAS lah ada yang dah mula Rosak macam Azizan tu.Kalau tak berkawan dengan Anuar PUN Azizan Razak pun dah lama Rosak sebab dia adalah UMNO yang bertopengkan PAS.Cara di tabir Kedah pun cara UMNO cuma tak metedarah Rasuah lagi.UMNO/BN tu tak payah cerita lah Parti tu dah lama bukan saja rosak tapi dah jahanam hanyut dengan rasuah dan gila kuasa.Sekarang yang Wanita UMNO pun dah lupus di rampas kuas oleh Big Mama.Tak kan tak kenai kot.Muka dia hari hari dalam TV.Masalah kedah ni kalau biak Zan sala lama lama di jadi MB sudah tentu dia kan amalkan peragai macam pemimpin UMNO sekarang ini.Nafsu dia lebih dari orang UMNO/BN lagi.Dia berjaya meperbodohkan pemimpin PAS di pusat yang silap ialah pemimpin PAS di pusat sebab layan kehendak dia untuk jadi PJ Kedah.Hancur lah Kedah bila pemimpin meminta jawatan.Dalam Islam pemimpin yang minta Jawatan adalah Haram.Tapi Azizan ni dah buatlebih dari kerja Haram minta jadi PJ dan terus jadi MB.Inilah jadinya mala petaka jadi kat Kedah.Sebab pemimpin PAS Pusat mengkianati Islam iaitu mengikut telunjuk Zan sala untuk minta jawatan.Kan tuhan dah tunjuk hikmah sebaliknya pada ahli PAS.

    ReplyDelete
  7. kepada anon 1204 tu. dah zalim sangat kerajaan bn ni pi la berambus dok kat mesir yang hampa dok puja tu. mulut hampa tu tau cakap zalim. zalim. zalim. tapi anak hantaq pi sekolah orang zalim buat. kereta pakai yang orang zalim buat. getah jual kat agensi kerajaan zalim. jalan guna yang kerajaan zalim buat. anak nak mengaji guna kemudahan kerajaan zalim buat. sembahyang jumaat kat masjid kerajaan zalim buat. nak habaq kat hang. pi tengok bukit kat sik nu. tengok puak-puak lebai dok buat apa. pi tanya che uda. hamid othman tu sapa. kerja dok kata orang zalim tapi tak malu mengaku projek orang projek depa. tebas balak sampai botak. tanya orang belah sik nu. sudahlah. yb pas hampa tu adik beradik aku jugak. tapi dok mai sembang dengan orang tua aku sedia sedangkan dia tau orang tua aku kepala umno. tok sah dok jadi bodoh sangat. tanya azizan razak tu. profesor othman ishak adun jitra dulu tu sapa. politik-politik la tapi jangan sampai parti politik tu jadi macam agama pulak. awat hang ingat puak pas tu semua elok. perangai lagi hudoh dari orang umno pun belambak.

    ReplyDelete
  8. Hang gila ka apa.Bila kita puja mesir ?Cuba hang baca betoi botoi motif tulisan itu.Kita sanjong rakyat mesir kerana berani buat memrubah pemerentahan yang zalim.Hujah hang macam orang bodo tak sekolah,Hang tak kenai yang mana satu Kerajaan dan mana satu pemerentah.Mana satu Rakyat dan mana satu nya Parti.Yang mana Parti dan yang man kerajaan.Bangang botoi.Hang ni peneroka mai belah mana ?

    ReplyDelete

Apa Komen anda

Buku Bertajuk 'AZIZAN DALAM DOSA

Buku Bertajuk 'AZIZAN DALAM DOSA
Untuk di nilai dan Di Komen oleh Ahli PAS saja