Bacaan Al Quran

Listen to Quran

KEDAH SENGET


BERSEMPENA DENGAN TAHU BARU MAAL HIJRAH 1 HB MUHARAM 1433 BLOG INI MENGAMBIL NAFAS BARU BAGI MENGHORMATI PIHAK PIHAK YANG BEKENAAN YANG MAHU ISU ISU YANG BERBAU PERIBADI DI GANTI DENGAN ISU ISU PERINGATAN PADA UMAT ISLAM KHUSUSNYA NEGERI KEDAH.SESUNGGUHNYA UMAT ISLAM DIAKHIR ZAMAN INI TELAH MENJADI MANGSA DEMOKRASI BARAT LAKNATULLAH SELEPAS NEGARA INI MENERIMA SISTEM DEMOKRASI YANG TELAH MERAMPAS HAK RAJA RAJA YANG SEHARUSNYA MEMPUYAI KUASA MUTLAK BERTINDAK SEBAGAI KHALIFAH . SISTEM DEMOKRASI INILAH YANG SEBENARNYA MENJADI PUNCA KEHANCURAN MANUSIA DAN PERPECAHAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA MASA KINI. .SUARA TERBANYAK MENJADI PENENTU KEPADA PERLAKSANAAN SYARIAT ALLAH YANG DIWAJIBKAN KEATAS MANUSIA.SAMA SEKALI DEMOKRASI BARAT YANG SEDANG DIAMALKAN SEKARANG INI ADALAH BERCANGAH DENGAN TUNTUTAN PADA FITRAH MANUSIA .MANUSIA JADI SESAT APABILA DIBERI HAK MEMILIH PEMIMPIN NEGARA AHLI POLITIK YANG BERKUASA MEMBUAT DASAR PEMERENTAHAN NEGARA .
SESUNGGUHNYA KHALIFAH ATAU RAJA ATAU SULTAN DITENTUKAN OLEH ALLAH (SWT)MANA KALA HAK MELANTIK PEMIMPIN HANYA TERHAD KEPADA PELAKSAAN SYARIAT SAJA TIADA TERLIBAT DALAM MELANTIKAN PEMBUAT ATAU PENENTU DASAR PEMERENTAHAN .HUKUM DAN PERINTAH TUHAN TETAP KEKAL SEBAGAI SATU PERENTAH DARI TUHAN YANG MENCIPTA ALAM INI DAN MANUSIA TIADA HAK MEMILIH MELALUI PUNGUTAN SUARA ATAU PETI UNDI TERBANYAK.SEKIRANYA BELAKU KEZALIMAN DAN PEYELEWENGAN PEMIMPIN YANG DILANTIK OLEH ALLAH LAZIMNYA MENGIKUT KETURUNAN DAN ORANG YANG TEREPILIH MAKA TUGAS ORANG BERIMAN BERDOA KAPADA ALLAH UNTUK MENUKARNYA DENGAN PEMIMPIN YANG LEBIH BAIK MAKA SEGALA DOSA PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT PADA ALLAH (SWT) RAKYAT BERSERAH DAN KEMBALI.
KEMBALILAH KEPADA SISTEM KHALIFAH YANG DITUNTUT.KEMBALIKAN KUASA MUTLAK PADA RAJA DAN SULTAN.

AZIZAN SELEWENG FAKTA SEJARAH

Azizan sanggup seleweng fakta, konon tanah Batu 9 (Komplek PAS) dia yang usaha. Tanah Batu 9, tanah Haji Rafaie (Bapak Dato’ Hj.Md.Noor Rafaie - Pengarah Tanah dan Galian yang Azizan ketepikan), dia minta PAS beli tanpa wang muka, bayaran ikut kadar yang PAS ada. Hj Rafaie cukup hormat dengan Ust Fadzil Nor, dia nak juga juga supaya ustaz Fadzil terima hasrat beliau. Dengan Ust Fadzil pantang dia minta wang, hormatnya dia sehinggakan rumah ust Azhari di Guar dijadikan tempat dia memohon bayaran. Memang menjadi keputusan mesyuarat harian PAS kedah, untuk pindah pejabat dari Alor Setar ke Batu 9, kerana Alor Setar dah sebok.


AZIZAN DAHULUI KUASA PRESIDEN PAS DAN KUASA KDYMM TUANKU SULTAN

Azizan tak hayati perlembagaan PAS apatah lagi undang undang tubuh kerajaan Negeri Kedah. Kuasa menentukan siapa yang akan menjadi MB jika PR terus memerintah terletak kepada Presiden PAS jika diKedah dan cadangan Presiden mesti diterima oleh KDYMM Tuanku Sultan. Sehingga berita ini ditulis Azizan telah berjanji kepada 6 orang untuk dilantik menjadi MB jika DIA benar benar uzur. Dari kalangan KCS (UMNO) dia telah berjanji kepada Dato’ Sabree (Kulim Hi Tech), Dato’ Azmi Din (CEO SADA), Dato’ Mat Khir (Yg DiPertua SP). Dari kalangan PAS – Ust.Taib Azimuddin , dari kalangan EXCO Dato’ Amiruddin dan Dato’ Phahrolrazi.

Azizan ni sudah macam kadok naik kejunjung atau sudah nyanyok atau urat saraf otak sudah ada yang putus. Entahlah… tetapi ada dikalangan yang 6 ini sudah beria ia, ada yang taukeh sudah mula berbelanja, ada yang sudah mulai menghebahkan kepada kenalan malah dalam PAS sendiri pon sudah ada timbul pakatan untuk jatuh menjatuh sesama sendiri - mengatur siapa yang patut bertanding disana atau disini. Tapi semua kena ingat, Azizan akan terus menjadi MB walaupon bertongkat tongkat , mata samar samar, otak tak sihat. Yang penting bagi Azizan elaun sebagai MB terus meningkat.

“SATU UST.FADZIL NOR PERGI, 1000 UST.FADZIL AKAN GANTI” – AZIZAN

Usta z Fadzil Nor dilahir dari kalangan keluarga Tok Guru, banyak dikalangan keluarga beliau terpilih menjadi pemimpin PAS samada pimpinan wanita, pemuda di semua peringkat. Sepanjang Ust.Fadzil memimpin PAS Kedah dan PAS Pusat, beliau disanjung dan dihormati disemua peringkat. Ust. Fadzil selain menjadi pemimpin dia juga menjadi kawan. Ust Fadzil sukar dicari ganti (mungkin satu ratus tahun lagi). Tanyalah terutama mereka yang berkesempatan rapat dengan beliau, tentu akan terasa perginya Ust Fadzil satu kehilangan yang besar kepada PAS. Di antara sifat beliau yang dapat dimuatkan dalam ruang yang terhad ini:

a. Tidak cepat melatah dan akan mendengar semua rintihan dan luahan hati rakyat. Ustaz selalu menggunakan suara yang lembut, bahasa yang halus semasa bicara dengan ahli. Ustaz tak bersikap bossi, ananiah jauh sekali mencaci kawan rakan.

b. Tidak ada sifat pendendam, dia terlalu kasih kepada kawan rakan. Setiap mereka yang mengikuti rombongan ustaz berceramah, beliau akan minta penganjur memanggil semua sekali untuk makan bersamanya. Ustaz pantang dengar kawan baiknya sakit, sesebok mana pun, beliau akan tetap ziarah. Hj Sobri Jerlun, pernah bagitau kawan kawan, dia malu kepada ustaz , kerana Ust.Fadzil dah 2 kali datang ziarah, semasa beliau dapat kemalangan kecil – jatuh motor di bendang.

c. Sepanjang ketempat ceramah atau mesyuarat, ustaz akan pilih markaz PAS untuk bermalam atau berhenti rehat. Tak pernah lagi ustaz pilih hotel.

d. Tolak tawaran AJK Harakah untuk membeli Merc, khusus untuk dia semasa dia di KL.

e. Sepanjang perjalanan dengan kapal terbang, ustaz akan menaiki kelas ekonomi kecuali kadang kadang ‘di up grade’ sendiri oleh pilot atau paramugara yang kenal beliau.

f. Ustaz tegas dan tak bertolak ansur dengan polis. Bagi dia polis tak boleh jadi kawan.

g. Semasa memimpin PAS, ustaz juga memimpin usrah, khusus untuk pegawi kerajaan dan pegawai KCS yang senang dengan PAS. Sebahagian mereka terlibat menjadi ‘think tank’ PAS Kedah.

h. Semasa di Mesir, ustaz akan tinggal dan tidur dibilik tetamu Asrama Pelajar di Haiyu Asyir. Beliau makan apa saja yang pelajar masak.

i. Ustaz cukup berhati hati dan berhemat menggunakan wang derma. Pilihanraya tahun 1999, ustaz memaklum “mana mana PAS kawasan yang perlu wang untuk bergerak boleh jumpa beliau untuk dapatkan wang. Sepanjang masa, ustaz membawa brief case hitamnya untuk memasti semua derma dapat diagihkan kepada yang perlu. Ustaz masukkan ke akaun khas dan membuat catitan yang terperinci dari mana dan kepada siapa semua derma yang ustaz terima.

j. Semada Ustaz meninggal, ustaz ada menulis wasiat – agar semua wangnya dibank diserahkan kepada PAS sehinggakan ada cadangan untuk mengembalikan sebahagian dari jumlah tersebut kepada Kak Jah. Kak Jah tolak kerana wasiat ustaz lagipon kata kak jah; “ustaz telah tinggalkan anak anak yang berpendidikan kepada beliau, cukuplah.”

k. Dalam setiap ucapan,kuliah, cakap cakap beliau ; beliau telah gambarkan gagasan kerajaan PAS Kedah jika PAS menang.

Sekecil yang sempat dimuatkan dalam ruang yang terhad ini pun. Azizan tidak menjiwai satu pun …dan sama sama kita tunggu j . Juga tak akan ada pada beliau, na’uzubillah.

1 comment:

Apa Komen anda

Buku Bertajuk 'AZIZAN DALAM DOSA

Buku Bertajuk 'AZIZAN DALAM DOSA
Untuk di nilai dan Di Komen oleh Ahli PAS saja