Bacaan Al Quran

Listen to Quran

KEDAH SENGET


BERSEMPENA DENGAN TAHU BARU MAAL HIJRAH 1 HB MUHARAM 1433 BLOG INI MENGAMBIL NAFAS BARU BAGI MENGHORMATI PIHAK PIHAK YANG BEKENAAN YANG MAHU ISU ISU YANG BERBAU PERIBADI DI GANTI DENGAN ISU ISU PERINGATAN PADA UMAT ISLAM KHUSUSNYA NEGERI KEDAH.SESUNGGUHNYA UMAT ISLAM DIAKHIR ZAMAN INI TELAH MENJADI MANGSA DEMOKRASI BARAT LAKNATULLAH SELEPAS NEGARA INI MENERIMA SISTEM DEMOKRASI YANG TELAH MERAMPAS HAK RAJA RAJA YANG SEHARUSNYA MEMPUYAI KUASA MUTLAK BERTINDAK SEBAGAI KHALIFAH . SISTEM DEMOKRASI INILAH YANG SEBENARNYA MENJADI PUNCA KEHANCURAN MANUSIA DAN PERPECAHAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA MASA KINI. .SUARA TERBANYAK MENJADI PENENTU KEPADA PERLAKSANAAN SYARIAT ALLAH YANG DIWAJIBKAN KEATAS MANUSIA.SAMA SEKALI DEMOKRASI BARAT YANG SEDANG DIAMALKAN SEKARANG INI ADALAH BERCANGAH DENGAN TUNTUTAN PADA FITRAH MANUSIA .MANUSIA JADI SESAT APABILA DIBERI HAK MEMILIH PEMIMPIN NEGARA AHLI POLITIK YANG BERKUASA MEMBUAT DASAR PEMERENTAHAN NEGARA .
SESUNGGUHNYA KHALIFAH ATAU RAJA ATAU SULTAN DITENTUKAN OLEH ALLAH (SWT)MANA KALA HAK MELANTIK PEMIMPIN HANYA TERHAD KEPADA PELAKSAAN SYARIAT SAJA TIADA TERLIBAT DALAM MELANTIKAN PEMBUAT ATAU PENENTU DASAR PEMERENTAHAN .HUKUM DAN PERINTAH TUHAN TETAP KEKAL SEBAGAI SATU PERENTAH DARI TUHAN YANG MENCIPTA ALAM INI DAN MANUSIA TIADA HAK MEMILIH MELALUI PUNGUTAN SUARA ATAU PETI UNDI TERBANYAK.SEKIRANYA BELAKU KEZALIMAN DAN PEYELEWENGAN PEMIMPIN YANG DILANTIK OLEH ALLAH LAZIMNYA MENGIKUT KETURUNAN DAN ORANG YANG TEREPILIH MAKA TUGAS ORANG BERIMAN BERDOA KAPADA ALLAH UNTUK MENUKARNYA DENGAN PEMIMPIN YANG LEBIH BAIK MAKA SEGALA DOSA PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT PADA ALLAH (SWT) RAKYAT BERSERAH DAN KEMBALI.
KEMBALILAH KEPADA SISTEM KHALIFAH YANG DITUNTUT.KEMBALIKAN KUASA MUTLAK PADA RAJA DAN SULTAN.

Tuesday, November 16, 2010

Lee Hock Seng Perginya seorang Pejuang Petrotik


Apa bila sebut nama Lee hock seng tak syak lagi para aktivis PAS di kawasan DUN Kubang Rotan Parlimen Kuala Kedah sudah tentu mengenalinya.Bukan sekadar itu saja malah sikap dan semagat ketekunan dalam merperjuangkan perinsip kehidupan keadilan sejagat melalui wadah perjuangan PAS.Individu ini telah banyak membawa kesedaran pada ahli PAS itu sendiri apa bila pengorbanan seorang bukan islam memperjuangkan cita cita islam.Seorang yang telah berjasa pada Pas dalam membantu kemenangan PAS KEDAH pada PRU 12.Anjakan para digma dari segi sokongan para pengundi Tiong hua di sekitar kuala Kedah merupakan hasil kerja beliau yang jarang di tonjolkan oleh kawan kawan berbangsa tiong Hua secara terbuka .Secara terbuka tanpa segan silu menyarong baju T yang terpampang gambar calon secara terbuka mampu berpidato dan berhujah dengan pihak lawan semata mata menegakkan kebenaran serta mengistiharkan sokongan pada calon PAS.


Pada 11 Nov.,2010 tidak ketahui jam berapa Lee menghembus nafas yang terakhir di kediamannya Utan Kampong Kedah bersaorangan tanpa di ketahui sesiapa.Mayat nya di terbujur kaku selama tiga hari di atas katil yang usang hanya apabila kawan kawan menaliponnya selama tiga hari tidak di jawap baru lah masyarakt di situ menyedari bahawa beliau telah meninggal duni.Yang pasti ialah mayat beliau tidak di temani sesiapa selama tiga hari sebab tiada siapa yang menyangka ajal Lee sudah pun berakhir.Ketika itu Banjir besar sedang melanda Kedah khususnya Kuala Kedah air Bah semakin menganas Pertugas yang terhad membuatkan para aktivis sukarela agak kalam kabut tidak terlintas apa apa kejadian yang tidak di ingini belaku pada Lee sebab rumahnya jauh dari bilik gerakan banjir Kuala Kedah.

Sungguh menyayat hati apabila di beritahu bahawa beliau telah meninggal dunia selama tiga haru baru lah di sedari oleh Keluarganya.Timpat tinggal beliau yangcukup Usang dan tidak mempuyai ramai saudara mara dan tiggal bersaorangan Beliau meninggalkan seoarang anak yang tidak tahu dimana dia sekarang dan hidup beliau sebatang kara apa bila bercerai dengan isterinya sekian lama.Lee memilih jalan hidup yang zuhud walaupun sanak saudaranya kaya raya ramai diantaranya ahli perniagaan namun Lee memilih jalan perjuangan hidup merantau di sekitar pelusuk Negeri Kedah menyampaikan wadah perjuangan PAS. Hanya meninggalkan harta sebuah basikal buruk dan motor sikal buruk itu lah harta Lee selain dari seorang anak yang beliau sendiri tidak berjumpanya sekian lama..Semagat juang yang tinggi jiwa petrotik yang dinilai sebagai seorang tokoh tempatan beliau di akui mempuyai banyak kelebihan walau pun nampak dari segi zahir hanya berbasikal dan seolah olah tiadak terurus namun semagat petrotik yang tinggi nilainya merupakan kebangaan pada Lee.Kemahiran pada Lee dalam membuat ramalan serta kiraan politik tanah Air sering menjadi keyataan.Kelebihan pada beliau jarang ada pada man man tokoh politik tanah air sehingga dapat menghafal fakta fakta sejarah dengan tetap.Saya masih ingat lagi tiga hari sebelum membuang Undi dalam PRU 12 yang lalu beliau begitu bersemagat dan dengan cukup yakin mengatakan kali ini Parti komponent PAS,PKR dan DAP akan menang besar dalam PRU 12 nanti.Kedah,PP,Perak hingga selangor kita akan menawan itu negeri itu.Tak syak lagi pabila keputusan pada malam kiraan undi parti Pembangkang mula mendapat berita yang menakjubkan dan mengejutkan.,Lee Hock seng hanya tersenyum dan menjerit,”Wa sudah cakap ini kali itu itu BN habis ”Kita sapu semua negeri di utara hingga ke Selangor.Atulah (Abdullah badawi) boleh lali Malam”.Dia punya bintang sudah malap sudah tak tak api.Ini lah salah satu kelebihan Lee apabila membaca perkiraan politik tanah air dengan begitu tepat.Beliau juga mahir dalam menceritakan hal sejarah politik Tanah air sejak merdeka.Beliau ingat angka angka Jumlah kerusi yang di menangi Parti parti politik sejak tahun 1969 hingga hari ini.Sifir politik dan pecaturan politik pilihanraya merupakan suatau pengetahuan yang sangat di kagumi.Beliau telah membongkarkan suatu sejarah politik tanah Air apa yang sebenarnya belaku di zaman Tengku Abdul Rahman dan Kenapa Tengku Menjual Singapura dan banyak lagi sejarah yang tidak di ketahui oleh ahli politik di zaman ini.Banyak rahsia sejarah politik tanah air khusnya MCA,MIC,PAS,DAP UMNO/BN yang tidak di ketahui umum di ceritakan pada Ahli PAS.Yang ter akhir ramalannya ialah mengenai banjir dimana ramalannya mengenai banjir agak tepat.Kedudukan air pasang surut dan bila bilik gerakan banjir boleh di tutup dan bila air akan naik sedikit.Beliau telah menalipon bilik gerakan banjir Kuala Kedah memberi nasihat dan pandangan.Bagi kami Lee seorang yang bijak dalam meramal sesuatu kejadian belandaskan kepada fakta bukan saja politik tanah air tetapi juga bencana alam.

Ketika para pertugas suka rela membantu mangsa banjir di bilik gerakan Lee masih ada rumahnya beliau tidak dapat datang ke bilik gerakan untuk membantu sebab masalah pengankutan dan ketika itu juga Air sedang naik.Saya tahu ketika itu Lee betul betul besemagat untuk bersama pertugas sukarela untuk membantu mangsa banjir.Tapi demi memikirkan usia dan keadaan beliau maka pertugas bilik gerakan tidak mahu beliau bersama sebab kuatiri apa apa akan terjadi pada beliau dan lebih selamat berada di rumah beliau.Lee merupakan bukan saja aktivis PAS Kedah malah pengasas kepada kelab penyokong PAS kedah yang amat di kagumi oleh masyarakat setempat.

Beliau meninggal dalamsausana yang amat meyedihkan kematian beliau tidak di sedari oleh saudara maranya yang tinggal bedekatan.Suatu kesah yang amat pilu lagi meyedihkan pada penduduk serta peyokong PAS hari ini.Apa bila di sebut Lee Hock Seng hampir semua pimpinan PAS kuala Kedah tahu siapa beliau.Seoarang yang mempuyai semagat juang yang tinggi sedia untuk berkorban demi kepentinggan rakyat Kuala Kedah.Namun apa yang di miliki Lee hanya lah kemiskinan berteman kan sebuah basikal dan motosikal buruk kehidupan harian beliau di bantu oleh kawan kawan dari PAS dan juga penduduk di sekitar dan juga kawan kawan beliau yang faham dengan erti perjuangan Lee..Kidmat beliau dan kerja buat beliau merupakan suatu perjuangan yang suci yang jarang sekali ada pada Ahli PAS itu sendiri. Ini lah yang mengkagumkan bagi mereka yang mengetahui dan mengenali siapa Lee di sebalik kemiskinan jiwanya penuh dengan semagat perjuangan yang suci demi negara yang tercinta..Perjuangan beliau tanpa mengharapkan habuan dari sesiapa cita citanya ialah hanya ingin PAS menang di Kedah dan tegakkan Islam.Beliau ingin lihat bagai mana Islam memerentah Kedah dan idolanya ialah Tuan Guru Nik Aziz.Apabila kemenangan dicapai di kedah suatu pengharapan tinggi pada Lee agar keadilan secara Islam seperti di kelantan dapat di tegakkan..

Kini Lee telah pergi buat selama lama nya kami para aktivis sereta pimpinan PAS di Kuala Kedah amat terharu yang teramat sangat sedih dengan keadaan kematian beliau .Lee belum sempat menikmati kemenangan yang total.Lee belum sempat melihat tertegaknya daulah Islam di Kedah.Lee tidak di beri peluang untuk melihat suatu perubahan yang menjadi cita cita beliau pada negeri Kedah.Pada Lee kami hanya mengucap selamat bersemadi di alam barzah.Kami merasa amat sedih kerana kepergian Lee tidak sempat megucap untuk memeluk Islam .Kepergian Lee suatu kehilangan besar bagi PAS Kedah .namun saya mengagap perjuanga Lee Hock Seng lebih tinggi nilainya dari Azizan Razak.Lee dalam serba kekurangan sangup turun ke PRK Batang Pinang dan juga Galas baru baru ini.Ketika PRK Galas baru ini beliau  begitu bersemagat hingga mahu memadu motorsikalnya dari Alor Star ke Galas .Tapi Atas nasihat  kawan kawan dari Kedah maka Motor sikalnya di tinggalkan di Rumah saudara Aris Awang dan sumbangan dari kawan kawan telah memberi peluang pada beliau untuk pergi dengan Bas ke Galas. Tiada habauan yang di harapkan dari sesiapa tiada jawatan yang di cita citakan melainkan suatu perubahan politik yang membela nasib rakyak Kedah.

Walau pun telah cuba di dakwah oleh para pertugas PAS di sepanjang perkenalan dengan Lee.hingga akhir kehidupan Lee namun ketika itu Allah belum memperkenankan hidayah pada.Beliau beliau masih teragak agak untuk memeluki Islam seolah olah ingin melihat dahulu kebenaran islam tertegak dengan aklak pimpinannya yang sepertimana yang di laungkan.Kira pada jam 10.30 malam 10 Nov.2010 Lee ada membuat panggilan Telepon pada Pak Tam mengatakan ingin berjumpa dengan bersungguh sunguh seolah olah ada sesuatu yang hendak di sampaikan pada Pak Tam tetapi ketika itu air banjir sedang menganas dan keaadaan tidak megizinkan maka hajat Lee tidak dapat di tunaikan.Kemudianaya pada 11 .Nov.2010 Pak Tam menalipon Lee beberapa kali tetapi tidak di jawap.Rupa rupanya diasaat itu Lee telah pergi buat selama lama nya.Apakah panggilan Lee terakhir pada Pak Tam untuk meyatakan beliau mahu memelok Islam? atau ingin mengadu sesuatu Allah saja yang tahu.Kami penyokong dan para aktivis PAS Kuala Kedah memohon keampunan dari Allah kerana gagal meyampaikan dakwah pada beliau hingga membolehkan beliau memeluk Islam.Kami hanya mampu menerangkan tidak mampu mengubah hati beliau.

No comments:

Post a Comment

Apa Komen anda

Buku Bertajuk 'AZIZAN DALAM DOSA

Buku Bertajuk 'AZIZAN DALAM DOSA
Untuk di nilai dan Di Komen oleh Ahli PAS saja