Bacaan Al Quran

Listen to Quran

KEDAH SENGET


BERSEMPENA DENGAN TAHU BARU MAAL HIJRAH 1 HB MUHARAM 1433 BLOG INI MENGAMBIL NAFAS BARU BAGI MENGHORMATI PIHAK PIHAK YANG BEKENAAN YANG MAHU ISU ISU YANG BERBAU PERIBADI DI GANTI DENGAN ISU ISU PERINGATAN PADA UMAT ISLAM KHUSUSNYA NEGERI KEDAH.SESUNGGUHNYA UMAT ISLAM DIAKHIR ZAMAN INI TELAH MENJADI MANGSA DEMOKRASI BARAT LAKNATULLAH SELEPAS NEGARA INI MENERIMA SISTEM DEMOKRASI YANG TELAH MERAMPAS HAK RAJA RAJA YANG SEHARUSNYA MEMPUYAI KUASA MUTLAK BERTINDAK SEBAGAI KHALIFAH . SISTEM DEMOKRASI INILAH YANG SEBENARNYA MENJADI PUNCA KEHANCURAN MANUSIA DAN PERPECAHAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA MASA KINI. .SUARA TERBANYAK MENJADI PENENTU KEPADA PERLAKSANAAN SYARIAT ALLAH YANG DIWAJIBKAN KEATAS MANUSIA.SAMA SEKALI DEMOKRASI BARAT YANG SEDANG DIAMALKAN SEKARANG INI ADALAH BERCANGAH DENGAN TUNTUTAN PADA FITRAH MANUSIA .MANUSIA JADI SESAT APABILA DIBERI HAK MEMILIH PEMIMPIN NEGARA AHLI POLITIK YANG BERKUASA MEMBUAT DASAR PEMERENTAHAN NEGARA .
SESUNGGUHNYA KHALIFAH ATAU RAJA ATAU SULTAN DITENTUKAN OLEH ALLAH (SWT)MANA KALA HAK MELANTIK PEMIMPIN HANYA TERHAD KEPADA PELAKSAAN SYARIAT SAJA TIADA TERLIBAT DALAM MELANTIKAN PEMBUAT ATAU PENENTU DASAR PEMERENTAHAN .HUKUM DAN PERINTAH TUHAN TETAP KEKAL SEBAGAI SATU PERENTAH DARI TUHAN YANG MENCIPTA ALAM INI DAN MANUSIA TIADA HAK MEMILIH MELALUI PUNGUTAN SUARA ATAU PETI UNDI TERBANYAK.SEKIRANYA BELAKU KEZALIMAN DAN PEYELEWENGAN PEMIMPIN YANG DILANTIK OLEH ALLAH LAZIMNYA MENGIKUT KETURUNAN DAN ORANG YANG TEREPILIH MAKA TUGAS ORANG BERIMAN BERDOA KAPADA ALLAH UNTUK MENUKARNYA DENGAN PEMIMPIN YANG LEBIH BAIK MAKA SEGALA DOSA PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT PADA ALLAH (SWT) RAKYAT BERSERAH DAN KEMBALI.
KEMBALILAH KEPADA SISTEM KHALIFAH YANG DITUNTUT.KEMBALIKAN KUASA MUTLAK PADA RAJA DAN SULTAN.

Tuesday, November 16, 2010

Budjet Kedah SAR di ketepikan

Memang benar sangkaan beberap pihak sebelum ini bahawa Azizan tidak akan memperuntukan walau satu sen pun perbelanjaan kepada sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah..Tiada subsidi dalam bentuk  bayaran Bil air atau Letrik atau lain lain kemudahan yang sangat sangat di perlukan oleh hampir semua sekolah Agama Rakyat di negeri Kedah.Tersangat beza dengan Negeri Selangor dan Pulau Pinang dalam menjaga kebajikan sekolah Agama Rakyat.Maka sahlah bahawa Budjet ini adalah bajet Azizan Bukan Budjet Negeri Kedah.Ada beberapa ADUN  dan Exco yang ingin mencadangkan sedikit peruntukan  untuk Sekolah agama Rakyat tetapi apa kan daya belum sempat nak cadang Azizan dah suruh buat binding kertas  cadang bajet tersebut.Apa kan daya kuasa menentukan adalah Azizan @ Muawiyah mereka  cukup kecewa.Peruntukan di tumpukan kepada Bayaran elaun dan gaji kaki tangan Kerajaan temasuk segala Elaun kaki tangan kerajaan di mana beliau sendiri memegang  jawatan pengerusi lebih dari 10 potfolio .Sudah tentu terjamin pembayaran elaun dan gaji beliau  serta kuncu kuncunya..Jeritan dan kesengsaraan Sekolah Agama Rakyat tidak di pedulikan walau pun terdapat dalam janji menifesto Pilihanraya.Kalau Azizan ni benci sangat pada Sekolah Agama Rakyat khususnya Pondok Pak Ya jangan lah sampai korbankan semua dan memalukan perjuangan Pas khususnya. kata mereka dan beliau sendiri pernah laungkan akan mengutamakan kebajikan Sekolah Agama Rakyat sebelum PRU 12.Sah Azizan seorang pendendam yang tak layak sebagai pemimpin PAS hanya layak jadi Pemimpin UMNO saja kata mereka.Maka terpaksalah sekolah agama Rakyat bergantung kepada RM 90 juta Peruntukan dari Kerajaan Pusat yang meliputi seluruh sekolah Agama Rakyat di Seluruh Negara..Itu pun terpaksa mnelalui karenah birokrasi dari pihak Kerajaan Pusat bagi mendapatkan bantuan..Silap hari bulan silap teknik melepas  juga.Azizan akan ketawa besar sekiranya penuntut penuntut sekolah Agama Rakkyat di kedah terpaksa minta sedekah  dan guna air perigi untuk keperluan mereka.Azizan akan melompat lompat kegembiraan  apabila pembekalan air pada mana mana sekolah agama rakyat di potong kerana gagal meyelaskan bill air.Azizan akan meyindir dan menempelak tok tok guru sekiranya anak murid mereka menghadapi kesusahan.Tak perlulah Pak Chop Hussain menyambut Hari syuhadak  sedangkan sekolah  as shahid Ibrahim Libya semakin hari semakin tenat sedangkan Pak Chop sibok mengumpul tanah untuk peribadi dan keluarga beliau dengan habuan dari Elaun sanatornya hadiah jawatan dari Azizan Razak.Kata akar umbi PAS   sejahat jahat najib ada juga belas insan pada sekolah Agama Rakyat.Zaman  Che Det dia tarik semua peruntukan.Zaman Najib dia bagi sikit peruntukan untuk mengaburkan mata rakyat  untuk bangunan 100 tingkat yang bernilai Rm 5B. dan Sekolah PERMATA untuk Isterinya 112 juta namun demikian dapat juga pada pencinta Islam .Tapi Azizan nampaknya lebih terok dari Najib(PM) sebab  PM tak pernah mengaku pejuang Islam macam KM Pulau Pinang.Lim guan Eng tak pernah dengar nak perjuang Islam cuma nak ikut contoh Omar Abdul Aziz.Rupa rupanya Muawiyah idola Azizan lebih terok dari Abdulah bin Ubai.Pada hakikatnya  nampak sama Perdana Menteri ada kepentingan untuk Habuan beliau dan Kroni manakala MB Kedah pun demikian jaminan habuan yang di jamin tanpa krisis kewangan kususnya poket beliau..Harap harap semua ADUN tidak menyokong Budjet tersebut melainkan pindaan dibuat supaya ada sedikit peruntukan pada Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah.Itu pun kalau semua ADUN dan Exco PAS dan PR yang lain merasa bertanggong jawap terhadap nasib rakyat.Kalau tidak luluskan saja Budjet dan dalam PRU akan datang ADUN PR bersama  MB nya  akan menggangor  dengan cara terhormat..dan ahli PAS dari semua peringkat sibok tanggong speker merata kampong buat ceramah lawan UMNO/BN termasuk  SU Penerangannya bersiap sedia lah servis PA system kita turun buat ceramah lawan UMNO selepas ini.Budjet Akhir Zaman Azizan Sala tunggu lah bajir yang lebih besar melanda Kedah mudah mudahan Azizan Insaf dan sedar.

2 comments:

  1. mintak maaflah rakan-rakan semua. saya bukanlah ahli pas atau umno tapi pada saya umno/bn ni lebih banyak tolong anak bangsa dan berbuat untuk islam. kalau dah pas sendiri tak mau tolong tok sah lah dok kata kat orang. yang umno/bn buat smka (dok berebut orang pas nak hantaq anak masuk smka) dan bantu sabk (termasuklah sar) tu bukan untuk islam ka. yang dok bina masjid, yang dok buat jalanraya, dok bantu surau, dok buat korban, dok bayaq gaji ustad-ustad (yang majoriti sokong pas) mengajaq pendidikan islam dan jqaf kat sekolah tu serta macam-macam lagi bukankah islam suruh. yang buat sistem perbankan islam, buat tabung haji tu tak islam ka. pernahkah umno/bn suruh orang buat jahat. macam agama islam jugak. mana ada ajaran islam suruh mencuri tapi ada jugak orang islam mencuri. takkanlah kerana sorang dua orang islam mencuri maka dituduh pulak islam jahat dan tak betul. pas sendiri pun tak setuju kalau hanya seorang dua orang pas buat jahat (bertentangan dengan islam) maka orang kata parti pas jahat. sama jugak dengan umno/bn. takkanlah sorang dua buat jahat maka nak dituduh umno/bn jahat seluruhnya. untuk menilai secara jujur, cubalah buangkan topeng parti tu dulu dan letak tepi. nilaikan secara waras. tengok baik buruk semua pihak. barulah adil. Allah nak tentukan syurga neraka pun ditimbang dulu dosa pahala mana yang berat. barulah adil. semua pihak perlu renung Firman Allah : jangan kamu katakan apa yang tidak kamu laksanakan. maknanya kalau tak laksana atau tak mampu nak buat jangan dok canang kat orang. sepertimana seorang ustad kawan baik saya kata : sebelum nak tegakkan islam dalam masyarakat dan negara, tegakkan dulu islam dalam diri sendiri dan keluarga. kalau diri sendiri dan keluarga sendiri pun porak poranda, tok sahlah menyibok nak perbaik orang. elok perbaik diri dan keluarga sendiri dulu.

    ReplyDelete
  2. Aku sgt setuju dgn anon 05.43:00AM, aku pun dok sokong PAS dulu kerana perlembangaan dan matlamatnya ke arah pembentukan negara Islam. Namun apabila PAS pegang kuasa, berbaik-baik dengan DAP dan menolak perlawaan bergabung dengan UMNO, aku mula rasa, pemimpin-pemimpin PAS utamakan dendam kesumat dari perpaduan, tamakkan kuasa, tak berani pun nak tegakkan syariat Allah dan menjadi dayus dalam memperjuangkan Islam. Ini bermakna, perjuangan PAS sekrang tidak relevent dgn apa yg diperjuangkan Allahyarham Dato Fadzil Noor. TGNA yang dihormati pun sanggup gadaikan kalimah Allah dipergunakan oleh kristian. Namun begitu aku tgk ramai gak yg taksub dgn TGNA. Ingatlah walau pun beliau zuhud, bertaraf ulama, namun beliau bukan maksum tak tak kecuali dr melakukan kesilapan.

    begitu juga apabila teguran dibuat, dikatakan tidak faham wala' la, tatau sirah la, dll. Bagi aku senang jer, perpaduan seagama lebih utama dari pandangan politik. Politik alone is a rubbish!...hanya Anuar Ibrahim shj petah berpolitik dan berjaya memegang tengkuk TGNA..malang sekali, ramai org2 PAS sukakan AI yang ternyata tidak pernah memunaikan sebarang janji malah seorang ahli freemason yg mempunya link yg kuat dengan kedatangan Dajjal...di dalam kekalutan politik ini, kenapalah kita tak utamakan perpaduan seagama??? kalau kata nak join DAP then nak dakwah mereka kelak, bukanlah lebih baik gabung dgn UMNO dan singkirkan mana2 yg korup dan tunjukkan imej bersih? PAS buat masa sekarang imej masih elok jika dibandingkan UMNO, PKR dan even DAP. Itu kekuatan PAS...namun janganlah dibiarkan segelintir org PAS cam Ustad Ajijan berperangai seperti UMNO! Aku percaya kewujudan blog ini pun sebab ini.

    Kesimpulannya, jgn lah kita asik nak salahkan org lain, tgklah diri sendiri dulu.Kukuhkan perpaduan dan mantapkan semangat persaudaaraan sesama Islam....sambung lg..

    ReplyDelete

Apa Komen anda

Buku Bertajuk 'AZIZAN DALAM DOSA

Buku Bertajuk 'AZIZAN DALAM DOSA
Untuk di nilai dan Di Komen oleh Ahli PAS saja