Bacaan Al Quran

Listen to Quran

KEDAH SENGET


BERSEMPENA DENGAN TAHU BARU MAAL HIJRAH 1 HB MUHARAM 1433 BLOG INI MENGAMBIL NAFAS BARU BAGI MENGHORMATI PIHAK PIHAK YANG BEKENAAN YANG MAHU ISU ISU YANG BERBAU PERIBADI DI GANTI DENGAN ISU ISU PERINGATAN PADA UMAT ISLAM KHUSUSNYA NEGERI KEDAH.SESUNGGUHNYA UMAT ISLAM DIAKHIR ZAMAN INI TELAH MENJADI MANGSA DEMOKRASI BARAT LAKNATULLAH SELEPAS NEGARA INI MENERIMA SISTEM DEMOKRASI YANG TELAH MERAMPAS HAK RAJA RAJA YANG SEHARUSNYA MEMPUYAI KUASA MUTLAK BERTINDAK SEBAGAI KHALIFAH . SISTEM DEMOKRASI INILAH YANG SEBENARNYA MENJADI PUNCA KEHANCURAN MANUSIA DAN PERPECAHAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA MASA KINI. .SUARA TERBANYAK MENJADI PENENTU KEPADA PERLAKSANAAN SYARIAT ALLAH YANG DIWAJIBKAN KEATAS MANUSIA.SAMA SEKALI DEMOKRASI BARAT YANG SEDANG DIAMALKAN SEKARANG INI ADALAH BERCANGAH DENGAN TUNTUTAN PADA FITRAH MANUSIA .MANUSIA JADI SESAT APABILA DIBERI HAK MEMILIH PEMIMPIN NEGARA AHLI POLITIK YANG BERKUASA MEMBUAT DASAR PEMERENTAHAN NEGARA .
SESUNGGUHNYA KHALIFAH ATAU RAJA ATAU SULTAN DITENTUKAN OLEH ALLAH (SWT)MANA KALA HAK MELANTIK PEMIMPIN HANYA TERHAD KEPADA PELAKSAAN SYARIAT SAJA TIADA TERLIBAT DALAM MELANTIKAN PEMBUAT ATAU PENENTU DASAR PEMERENTAHAN .HUKUM DAN PERINTAH TUHAN TETAP KEKAL SEBAGAI SATU PERENTAH DARI TUHAN YANG MENCIPTA ALAM INI DAN MANUSIA TIADA HAK MEMILIH MELALUI PUNGUTAN SUARA ATAU PETI UNDI TERBANYAK.SEKIRANYA BELAKU KEZALIMAN DAN PEYELEWENGAN PEMIMPIN YANG DILANTIK OLEH ALLAH LAZIMNYA MENGIKUT KETURUNAN DAN ORANG YANG TEREPILIH MAKA TUGAS ORANG BERIMAN BERDOA KAPADA ALLAH UNTUK MENUKARNYA DENGAN PEMIMPIN YANG LEBIH BAIK MAKA SEGALA DOSA PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT PADA ALLAH (SWT) RAKYAT BERSERAH DAN KEMBALI.
KEMBALILAH KEPADA SISTEM KHALIFAH YANG DITUNTUT.KEMBALIKAN KUASA MUTLAK PADA RAJA DAN SULTAN.

Wednesday, November 10, 2010

Walau pun Rakyat Kedah dilanda musibah yang menyayat hati setiap pihak yang melihat nya melalui media sudah tentu akan menarik perhatian umum namun apa yang belaku sebenarnya adalah lebih menyayat hati.Namun sekiranya kita berada di lokasi banjir dan bilik bilik gerakan banjir secara sedar atau pun tidak disebalik kesibukan menghadapi krisis ini rakyat sedang menyaksikan suatu pertarungan dalam bentuk persaingan menjaga pengaruh dan memenagi hati pengundi.Pas Kedah mahu tidak mahu terpaksa mengambil tindakan pro aktif bagi menghadapi situasai yang jijik ini bedasarkan dari pengalaman banjir yang lalu.Walau pun tanggong jawapnya bukan di bahu mana mana parti politik nama pihak UMNO/BN telah menjadikannya isu banjir sebagai gelanggang baru untuk berpolitik.Oleh itu pemimpin politik di kedua peringkat negeri dan pusat terus menerus mengambil kesempatan diatas kesengsaran rakyak yang di timpa mala petaka ini. justru ramai pihak yang terdiri dari Parti politik dan NGO bertindak atas dasar tanggong jawap sosial padalah tanggong jawap dalam menghadapi krisis ini terletak pada Kerajaan pusat.dan dan Negeri.


Musibah yang demikian besar yang tak pernah terjadi dalam sejarah negeri Kedah seolah olah tidak dapat di atasi dengan kekuatan logiostik mana mana NGO tempatan tetapi kekuatan parti.PAS kedah yang masih muda memerentah KEDAH di kepalai MB nya yang kurang cerdik di tambah dengan serba kekurangan terpaksa juga memikul tanggong jawap ini bagi meyelamatkan image parti juga kebajikan rakyat.

Dalan soal ini ianya seolah olah seperti pilihanraya Kecil dalam skala yang besar sedang belaku di utara tanah air .PAS Kedah dengan kemampuan yang minima bergantong hanya kepada kekuatan semagat juang serta pengorbanan ahli .Manakala UMNO/BN Kedah mengunakan segala kekuatan logistik kerajaan Pusat membuka bilik bilik gerakan banjir di sana sini bersaing dengan Parti politik khususnya PAS.PKR dan DAP..Pusat Pemindaahan mangsa banjir seolah olah seperti UPU yang di buka dari masa kesemasa mengikut kawasan dan penduduk yang terjejas yang memerlukan pemindahan.Suka rela PAS datang dari seluruh pelusuk membawa segala bantuan makanan dan logistik sebaiksaja saja tumpas di PRK Galas.Kerajaan Selagor dan Pulau Pinang pimpinan PR terpakasa turun memberi bantuan apabila setiap detik dalam berita UMNO memperlecihkan keupayaan kerajaan PR.

UMNO/BN dengan Regiman ke 6 unit sokongan Air,bomba,KDN JPM termasuk menteri menterinya turun memberi semagat disamping suntikan hasutan dan habuan wang ringit atas dasar bantuan dan sumbangan.Semuanya di buat dalam satu ajienda politik yang tersusun rapi.Operasi pecah dan perentah penyokong di kalangan mangsa banjir di lancarkan secara halus.Seperti biasa media TV 1,2,3,7,8,9 digunakan bagi meyerang kerajaan Negeri pimpinan Azizan Razak.dengan berbagai fitnah dan helah.Media mengambarkan sesolah olah PAS sedang tidur manakala rakyat sedang sengsara pada hal sebaliknya yang sedang belaku.



Semuanya ini fenomina yang sedemikian telah pun belaku di Kelantan ketika banjir besar melanda negeri itu dua tiga tahun yang lalu.Kedah sedang mengalami perkara yang sama apa bila negeri yang di perintah oleh PR.sedang hadapi ujian getir.Ruang serta kesempatan politik terbentang luas pada semua pihak termasuk NGO dan juga para penyumbang sumbangan memainkan peranan penting.Apa yang penting di sini ialah rakyat yang terlibat harus di selamatkan.segala kebajikan harus di jaga demi menjaga hati pengundi.Dalam keadan ini rakyat sekali lagi menjadi pengadil dalam menilai pihak manakah yang lebih bertanggong jawap dan bantuan manakah yang lebih berkesan dalam menyahut jeritan rakyat.UMNO/BN tahu ini suatu peluang keemasan untuk lancarkan serangan politik terhadap pihak lawan.Berebut rebut kedua belah pihak membuka pusat penginapan mansa banjir.Saluran bantuan PAS yang terhad dari semua segi yang melibatkan logistik amat meyedihkan.Tiada boat peneyelamat,lori pengankutan dan lain lain kemudahan bagi mengangkut mangsa banjir tetapi ianya kaya dengan tentera sukarela yang tidak mengharapkan apa habuan mengadai nyawa meredah air banjir meyerahkan bantuan makanan bagi mansa yang terperangkap.Pembukaan pusat pemindahan mangsa banjir menjadi asset perjuangan ketika itu ,siapa yang buka terlebih duhulu maka dialah yang akan menguasai pusat itu.PAS dan JKM seolah olah persaingan dalam ceramah waktu pilihan raya.Lebih banyak pusat kemudahan pemindahan mangsa banjir yang dapat di buka dan menjaga segala kebajikan maka dialah yang jadi hero .



Kerajaan PUSAT pimpinan UMNO/BN dengan segala kekuatan wang rakyat dan pembayar cukai mencurah curah memberi bantuan pada mangsa banjir.bagi mereka wang dapat membeli segala galanya.apa bila rakyat tersepit dengan kesusahan maka siapa yang menghulur bantuan terlebih dahulu akan mendapat Political Mileadge.Siapa yang dapat memberi lebih banyak kemudahan dan keselesaan akan memperolehi sokongan politik.Justru implikasi dari tingkahlaku demikian banyak kubu PAS dimana mangsa banjir yang terdiri dari ahlinya dan penyokongnya cair dengan sogokan wang beratus malah ribu yang di curahkan melalui JPM.Puak JKKK,KRT,KEMAS serta ahli UMNO tidak melepaskan peluang dalam mengaut habuan peribadi duit mencurah seperti banjir bukan lagi hujan.Banjir Duit dari kerajaan Pusat belawan dengan semagat dan istikhomah perjuangan ahli PAS.Ini sebenarnya belaku dalam perang politik medan petempuran belaku dalam celah celah air bah yang telah belaku

Sungguh menjijikan bagi mereka yang menilai secara positif .Rakyat di asuh dengan mentaliti politik yang sedemikian. walau pun ramai yang tidak terlibat menjadi mangsa mendaftar di pusat pusat pemindahan mangasa banjir semata mata mendapat peruntukan wang yang di salurkan melalui JPM.Setimen politik di serukan dalam celah celah bantuan tersebut.Jangan terima bantuan sumbangan PAS inilah yang di dengar dari mangsa banjir yang telah menerima sumbangan dari JKM malah hingga ke peringakat menghalau pertugas pertugas PAS dan NGO ketika lawatan pemberian sumbangan di buat oleh orang yang tertentu.Yang memburukan lagi apabila keupayan PAS atas kapasiti politik hingga terdapat maki hamun terhadap YB ADUN PAS yang lawatan di pusat bekenaan.Pusat pemindahan yang di kuasai oleh pencacai UMNO/BN pabila sumbangan makannan yang di berikan oleh pihak parti yang tidak seberapa mereka sampai hati menyimpan dalam stor dan tidak di berikan pada mangsa banjir ini belaku di sekolah Men Kebangsaan Kubang Rotan Kuala Kedah yang di kuasai oleh puak UMNO.

Banyak kejadian yang meyedihkan contohnya sumbangan dari NGO seperti Roteri Club dalam bentuk air dan biskut bernilai pulahan ribu di angkut oleh pencacai UMNO yang memegan jawatan dalam Kerajaan Negeri seperti MBAS mengedarkannya ke tempat yang tidak kritikal dimana ianya sepatut nya di tumpukan kekawasan yang amat memerlukan.Sasaran bantuan di selewengkan oleh pihak tertentu agar ianya tidak berkesan.Ini lah akibat dari mengekalkan puak puak UMNO dalam kerajaan Negeri dengan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan Negeri.Terlalu bersangka baik yang di amalakan oleh PAS sudah menampakkan akibatnya.Terlalu banyak sikap musuh politik yang keterlaluan yang hndak di senaraikan di sini.Sudah seharusnya apabila ruang pertembongan politik di buka maka bangkitlah ajen ajen UMNO yang terdapat dalam Pentabiran Kerajaan Negeri melakukan sabotag sana sini.Birokrasi yang di sulitkan menjadikan sausana yang amat keliru dan melambangkan kelemahan pentabiran kerajaan Negeri. dalam menghadapi krisis ini.Perkara ini telah pun di nasihat pada pihak MB agar membersihkan pentabiran kerajaan Negeri Kedah dari Pencacai UMNO/BN menguasai pentabiran suatu negeri suatu ketika dulu.Namun MB nya tetap dengan peragai angkoh dan egonya yang mahu mengekalkan status kuo beberapa orang pegawai kerajaan termasuk DO.

Ternyata bahayanya ialah walak dan ketaatan mereka adalah dari Kerajaan Pusat pimpinan UMNO/BN mereka lebih patut dalam arahan dari pimpinan politik dari arahan kerajaan negeri. justru gagalal lah sebarang usha untuk mencapai hasrat kerajaan Negeri dalam menhadapi situasi banjirbesar ini.Motif sebenar yang tersurat dan tersirat ialah rakyat menjadi dua kali mangsa satu mangsa bajir dan satu lagi mangsa pecaturan politik yang sedang bertempur di permukaan air..

Apa yang meyedihkan pihak yang terelibat sama sama gila kuasa dan habuan politik manakala rakyat menjadi mangsa keadaan.Amaran awal banjir secara yang berkesan tidak di keluarkan secara yang sepatutunya..Padahal kerajaan pusat mengetahui hal ini.Apakah apabila belaku banjir besar di selatan Thailand hampir setiap tahun tidak dapat di hidu kesannya pada negeri Kedah dan Perlis hingga meyebabkan rakyat tereperangkap di tengah tengahnya.Begitu juga dengan pemotongan bekalan air dari pihak SADA.

Saya tetap salahkan UNNO/BN di perinkat pusat kerana mnengambil kesempatan politik di celah celah kesengsaraan rakyat dan MB Azizan Razak diperingkat negeri kerana gagal mengujudkan suatu corak pimpinan yang sistemmatik bagi menghadapi krisis bencana alam secara berkesan.Bilik gerakan bencana alam peringkat negeri seolah olah menjadi batu loncatan pihak tertentu mendapat habuan politik mana kala pihak yang tak sepatutunya di pertanggongjawap terhadap krisis ini ia itu Parti tiba tiba menjadi tunjang dalam mememikul tanggong jawap ini.Sikap MB yang menuding jari terhadap KTM sebagai punca banjir adalah keterlaluan demikianlah sikap MB itu sendiri apabila belaku apa apa insiden yang melibatkan pentabirannya maka dia akan menuding jari terhadap pihak tertentu.Apakah sikap demikian sesuai sebagai kepala Negeri yang memimpin sebuah parti dan pentabiran kerajaan.Menuding jari tidak akan selesaikan masalah tetapi mencari jalan untuk meyelesaikan masalah dengan menyusun kepakaran yang berkesan bagi menghadapi krisis merupakan puncanya.Amaran banjir melalui pengalaman banjir yang lepas sudah cukup bagi pentabiran negeri memgambil segala tindakan yang lebih berkesan.Birokrasi yang menjurus kepada pencaci UMNO dalam pentabiran mensabotag sebarang usha perlu di di buat pindan.Protokal G to G kemudian kepada KCS dan DO dan kemudian balik kepada JKM pusat satu rangkaian birokrasi yang tidak sesuai ketika belaku krisis.Akibatnya ia mendedahkan kepada pihak yang tertentu mengambil kesempatan dimana terdapat dua bidang kuasa yang bertindih.Siapa yang melantik KCS dan siapa yang melantik DO dan siapa pula JKM.Sesaran bantuan tiris disana sini tidak menepati bantuan berbagai senarai pendaftaran,JKM dengan senarainya dan pihak NGO dengan senarainya.

Pokoknya rakyat mula mempersoalalkan keberkesanannya pemimpin kerajaan khusnya menghadapi sebarang krisis bencana alam.Rakyat masih belum faham bidang kuasa Pusat dan Negeri dan keupayaan kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.dan apabila belaku bencana sedemikian rakyat sudah tidak mahu tahu tahu siap yang beri bantuan pokoknya siapa yang meyelamatkan dan memberi sumbangan mereka maka itu lah hero mereka.Apabila kemiskinan dan kesusahan atau kesengsaraan belaku terhadap seseorang manusia khususnya umat Islam maka disitu lah mereka di uji oleh tuhan antara Iman dan Kufur.

Banjir 2005 situasai sudah cukup memberi peringatan kapada rakyat serta kerajaan negeri Kedah apakah masih mahu pihak tertentu mengorbankan kebajikan rakyat yang sedang terseksa akibat banjir besar dengan permainan politik kotor dan menjijikan.Apakah sikap pemimpin politik demikian rupa semata mata politik maka rakyat di korbankan demikian rupa,,Birokrasi pentabiran dan sentimen politik serta sikap kerajaan pusat yang senentiasa mencari ruang untuk menjahanamkan image parti lawan agar PRU akan datang mereka akan memperolehi kejayaan besar dan merampas KEDAH dari kerajaan PR.Inilah motif sebalik bantuan yang di hantar kerajaan pusat. bukan nya atas dasar tanggong jawapa sebagai pemerentah .Kita nanti jawapannya dari Allah(SWT) akan sebarang hukuman pada setiap perencanaan manusia yang sedang kita perlihatkan.Kita akan lihat nanti siapa kah yang akan untung dan siapa yang akan rugi di sebalik mempertarohkan nyawa rakyat semata mata kepentingan politik.Kita akan lihat jawapannya siapakah yang akan dapat keberkatan dari keiklasan membantu hamba Allah yang di landa musibah.

Segala kesempatan yang terbentang luas dimana bantuan serta sumbangan dari pusat amat di perlukan,Pusat tahu bahawa bencana alam yang demikian mana mana negeri seperti negeri Kedah dalam dunia ini sekalipun maka negeri yang tidak menguasai segala kemudahan jabatan jabatan yang bekenaan tidak mampu untuk menghadapinya,Harapan hanya tertumpu kepada belas insan dan sumbangan dari NGO.Kerajaan Pusat juga tahu ini adalah tanggong jawap mereka dari sudut perlembagaan untuk membantu menyelasaikan sebarang krisis bencana alam.malang bagi kerjaan negeri Kedah yang mempuyai MB yang kurang cerdik .Malang juga bagi PAS kedah yang tinggi dengan semagat juang Islam hingga gugur 13 shuhadak di Memali. sekali pun tetapi mendapat pesuruhjaya yang sombong dan ego,mana munkin pemimpin yang sebegini boleh menerima nasihat dari orang lain sekalipun Ulamak .

Banyak pihak sudah menasihati MB supaya setiap pegawai kerajaan lantikan politik yang pro UMNO harus disingkirkan atau ditamatkan kontraknya dan di gantikan pegawai yang lebih profesional dan berkesan atau sekurang kurangnya membuat pertukaran pegawai kerajaan agar pentabiran kerajaan Kedah dapat di laksanakan mengikut dasar Parti .Bahaya nya terletak pada pengaruh yang boleh menyular dalam pentabiran kerajaan lantas akan muncul hasutan bagi mengagalakan sebarang usha Kerajaan yang ingin membuat perubahan sesuai dengan prinsip parti.Apa pun tidak dipedulikan malah MB masih mahu mengekalkannya mereka mereka itu.Sekarang mereka ini telah menjadi tali barut kerajaan pusat bagi melaksanakan ajenda sulit UMNO termasuk melaksnakan sebarang kerja sabotag terhadap pentabiran itu sendiri.

Banjir besar seolah olah seperti menghukum rakyat kedah kerana menyerahkan kuasa pemerentahan kerajaan negeri kepada PAS atau ianya sebagai hukuman pada AZIZAN RAZAK sebagai MB yang telah gagal melaksanakan menefesto piliharanraya yang di janjikan.Atau ini alalah balasan pada AZIZAN RAZAK kerana memotong pembekalan Air pada sekolah Ugama Taufikiah di Batu 16 yang mempuyai sejarah yang tersendiri dalam melahirkan ramai Ulamak yang ter kini..Saya merasakan ini lah balasan bagi pemimpin yang rendah aklaknya menipu rakyat dalam janjinya memberi peruntukan pada SAR di KEDAH.di Kedah suatu ketika dulu.

Sebab itu lah TPM sendiri berani mengatakan dalam kejadian banjir basar ini PAS tak buat apa apa,demikian insiden banjir besar ini cuba di politikkan oleh UMNO agar rakyat berpaling tadah pada Kerajaan pusat dan berubah sokongan pada UMNO/BN dalam PRU 13 nanti.Apakah dengan segala kelengkap logistik tentera polis bomba JKM JPN dan lain lainnya turun sebagai penyelamat mangsa banjir oleh.Kerajaan pusat yang di terajui UMNO perlu diangap lah hero rakyat.Ini lah persepsi yang cuba di tanam dalam jiwa rakyat kedah CARA POLITIK UMNO/BN YANG AMAT MEMALUKAN DUNIA LUAR TANGGONGJAWAP PEMERENTAH SUDAH DI SELEWENGKAN MENJADI TANGGONG JAWAP PARTI POLITIK akhir nya rakyat jua yang menjadi mangsa ,

6 comments:

  1. Masalahnya, puak PAS jugak yang jenih benak minda. Gelak mengekek bila Azizan bubuh Umno specis beruk, kucing, rhebau..Pakat seronok buat modai sembang kedai kopi. Segala pujian kat MB depa pandai buat kiasan. Ilmu mantik tinggi la..macam-macam. Tapi hangpa tak jugak sedaq, sebenaqnya menatang-menatang tu hangpala.. Azizan dia cukup expert la dengan mentality totok PAS. Mengutuk ni makanan asasi kedai kopi la. Dia layan la hangpa cara tu.
    Hakikatnya, dalam pentadbiran dia, dia bela sakan beruk, kucing, rhebau tadi. Dia pun cukup syok pasai beruk terlatih buleh jugak cari duit kat negeri..kononnya la.. Puak daje suci PAS bukannya rheti apa sangat..semua pakat terpegun...Padahai, hangpa tak sedaq-sedaq..hari-hari hangpa duk kena kencing saja...Lingkup..lingkup...

    ReplyDelete
  2. Lanie musim PAS totok duk kagum dengan semangat panglima Azizan jerkah wartawan..wuish! semua pakat puji..cenge dia..perhongoih dia memartabatkan serta memantapkan semula teloq-teloq hangpa yang dah mula melandoq..
    Adui...apa la benak sangat.. Depa kata, baran dia dalam TV tu..baru 10% saja... 90% lagi hangpa tak tau macammana.. Pasai tu la kut panglima-panglima jihad PAS terserhot kut no..bila mengadap dia.. Lekeh betui hangpa ni..

    ReplyDelete
  3. camtu perangai org PAS ni. Kalau sepoloh cam oosstad azizan ni, lg depa sorak sakan. syok tgk oostad dok mengamok cam org akai pendek. Org bagi peluang perintah, buatlah cara berhikmah, bukan tak reti agama, cuma cetek kelakuan! Org PAS terlalu nak pejuang Islam namun akhlak diketepikan sehingga sanggup marah2 org dan pada masa sama mendedahkan sendiri keburukan diri. Bila org tegoq, suma kata org UMNO...mmg mentality budus.

    ReplyDelete
  4. mau bini dia tak lari rumah bila dia mengamuk....jenih akai letak kat kepala awang nangoi..,payah buat runding dia ni..mau nak marah saja rheja dia..buat rheja cara Islam pala hotak dia.., cakap pandai, mai kat perlaksanaan..cukup out.

    ReplyDelete
  5. lain kali wat keje, wat cara islam...agaknya islam mana dia refer ek. Cara Islam dgn nada kasar camtu ke? perongoih tak kira tempat? agaknya camni la cara muawiyah idola dia?? Naper la tak ikut cara Rasulullah saw?? pelik aku, claim Islam tapi akhlak org kafir quraish...camno ni???

    ReplyDelete
  6. Dulu masa ada Aruah Ustaz Fadzil Puak Pas ni berani habih setakat nak berdepan dengan FRU tak ada masalah.Semagat Jihad cukup tinggi tapi bila mai Ostaz cam Azizan sala ambik alih Kedah..tiba tiba habih kecut telok tak berani nak tegok langsong macam Azizan ni Maksum depan azizan semua yes yes yes belakang Azizan depa hentam habis..apa punya politik pengecut.Takut nak tegok pemimpin yang buat silap..islam tak ajak macam tu.Tegok pemimipn pakai pedang pun Islam ajak.

    ReplyDelete

Apa Komen anda

Buku Bertajuk 'AZIZAN DALAM DOSA

Buku Bertajuk 'AZIZAN DALAM DOSA
Untuk di nilai dan Di Komen oleh Ahli PAS saja