Pada 19-21 Nov., 2010 majlis memperingati 25 tahun peristiwa memali diadakan dan di dirasmikan oleh di i Tim. Ketua Pemuda Pas Pusat,di Kampong Memali juga turut hadir , YDP Baling, Hj. Wahab Hasan. Penceramah undangan Saudara Mohd. Sabu dijemput hadir. Tiba-tiba satu pengumuman dibuat dalam majlis tersebut oleh YDP Hj. Wahab Hasan bahawa sebuah buku yang bertajuk “Mohamad Sabu, Air Mata Di Bumi Memali” melarang Ahli Pas dari membelinya dan menasihathkan ahli supaya tidak membacanya. Ahli PAS, para hadiran dalam majlis tersebut menjadi hairan, tertanya-tanya apa yang telah berlaku. Dalam sejarah PAS yang bersifat demokratik tiba-tiba mengumumkan demikian pada majlis berkenaan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS. Apakah buku itu mengandungi ajaran sesat atau buku itu memfitnah pemimpin PAS yang tertentu atau buku tersebut membongkar suatu rasa yangcuba disembunyikan oleh pimpinan yang melibatkan individu yang tertentu agar ianya tidak terbongkar. Walau apa pun persepsi rakyat atau penyoyokong PAS perlu berfikir secara rasional.Dasar dan matlamat perjuangan perlu kukoh.Amal makruf Nahi Mungkar perlu di laksanakan. Buku tersebut dikarang oleh ahli Pas dengan segala butiran yang diambil dari mangsa Memali yang terlibat dan beliau juga terlibat dalam pengurusan wang sumbangan/derma Jihad dari penyokong pas dan juga rakyat yang bersimpati dengan mangsa berkenaan. Pengarang memberitahu saya bahawa beliau bertanggung jawab dengan pembongkaran atas dasar mencegah kemungkaran serta ingin berjuang memberbersihkan PAS KEDAH yang telah di cemari dengan syatan yang mabukan dunia dan mengadaikan prinsip perjuangan.
Beliau yakin yang hak tetap menang dan yang batil tetap akan terbongkar akhirnya. Beliau menafikan sekeras-kerasnya bahawa ada pihak yang menyuruh atau membiayai beliau untuk membongkarkan perkara yang sebenar apa yang telah berlaku selepas peristiwa Memali di mana nasib serta kebajikan mereka telah diketepikan oleh Pimpinan PAS KEDAH. Yang lebih menyedihkan lagi ke mana perginya Wang Derma Mangsa Memali dan bagai mana ianya di uruskan sehingga meletupnya isu ini???. Hingga kini, saya juga merasa hairan kenapa orang yang dikenali sebagai Panglima Jihad di suatu ketika dulu yang terselamat dari terbunuh dalam peristiwa Memali tiba-tiba menjadi orang yang dibenci oleh Mangsa Memali dan juga ramai penduduk yang terlibat dengan peristiwa tersebut. Para balu dan mangsa Memali merasakan bahawa pemimpin yang tertentu telah mengkianati perjuangan dan individu berkenaan sedang mendapat habuan yang tidak setimpal dengan ilmu dan kelulusan sedangkan masalah kebajikan mangsa Memali serta sekolah MADRASAH ISLAHIAH DINIAH Kg.MEMALI. Pelik bin Ajaib, tiba-tiba saja buku tersebut diumumkan seolah-olah diharamkan kepada Ahli untuk membacanya. Sekiranya isi kandungannya suatu fitnah dan boleh menjejaskan personaliti seseorang maka eloklah individu yang terlibat mengambil tindakan undang-undang dan bukan nya mengunakan jentera kerajaan untuk menjawap Isu ini sebab ianya tidak kena mengena dengan Kerajaan Negeri.atau pihak yang bekenaan membuat suatu majlis dialog dengan pihak yang terlibat segala unsur-unsur tuduhan dalam buku tersebut di perhalusi bagi mengelakan fitnah belarutan atau sekiranaya pihak yang di tuduh merasakan ianya telah melakukan kesilapan atau kezaliman meletak jawatan dalam Parti dengan segera. Yang amat menarik dalam kandungan buku tersebut, memamparkan muka Mohd. Sabu tetapi isi kandungannya menceritakan segala penyelewengan Wang Sumbangan Derma Jihad kepada Mangsa Memali sejak 25 tahun serba lengkap Pengarangnya juga seorang Ahli PAS yang juga bekas pejuang Mujahidin Afganistan di suatu ketika dulu juga bekas tahanan ISA . Larangan menjual buku tersebut dalam majlis yang bersangkut paut dengan isi kandungan telah mendapat perhatian dari Utusan Malayasia dan menyiarkan pengumuman Larangan Jualan Buku Memali dua hari kemudian setelah di minta pengarang sendiri tetapi tidak menerangkan serba sedikit mengenai buku tersebut yang boleh menguntungkan politik UMNO/BN Akhbar lain tidak mahu menyiarkannya sebab pemberita dari akbar yang lain masih kuatir dengan keselamatan tidak mahu membuat liputan sebab issu Memali ini masih agak sensitif bagi rakayat Baling
Utusan Malaysia hanya menyiarkan tindakan menghalang buku itu oleh PAS Kawasan Baling sendiri. Isu kandungan buku itu banyak disasarkan kepada Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Yb. Senator Yusoff Hussain di mana beliau pernah digelar dengan Panggilan Jihad ketika Perjuangan Al Marhom As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud pada tahun 1985/86 yang terkenal dengan Ibrahim Libya.Yusuf Hussain juga merupakan kesayangan MB. Kedah, Ustaz Azizan. Yang terlibat dalam membantu menjual buku tersebut ialah anak-anak Mangsa Memali yang terlibat dengan peristiwa tersebut 25 tahun yang lalu. Apakah yang cuba di bongkarkan oleh mereka setelah sekian lama menderita, di manakah wang beratus ribu RM sumbangan orang ramai yang bersimpati dengan perjuangan. Apa yang sedang berlaku dalam PAS Kedah khususnya pimpinan Negeri?. Apakah penyelewangan wang jihad telah disalah guna oleh pemimpin yang tertentu hingga mangsa Memali itu sendiri mengambil tindakan yang demikian.
Oleh kerana terdapat banyak pihak yang ingin mengetahui kebenaran buku itu eloklah memesan sendiri pada pengarangnya sebab ini mungkin dapat membantu pihak tertentu mencegah kemungkaran dalam Parti atau mencari jalan peyelesaian sebelum ianya menjadi parah akibat dari beberapa pimpinan PAS yang rakus dengan kuasa Pangkat dan habuan tampa mengambil kira golongan yang dizalimi oleh Pemimpin Parti itu sendiri.
Untuk mendapatkan Buku tersebut, sila buat pesanan terus kepada Pengarang:
En. Zainon Ismail.
A/C No.: 02048010048801 (BIMB)
Warisan Syuhada 1510, Kampong Memali,
Baling, KEDAH.
Atau Hantarkan Money oder/Wang Pos
TEL:019-424-2597
Sila SMS Setelah membuat bayaran Harga RM 20 + Penghantaran Rm 6.00 = RM 26.00
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
5 weeks ago
Tq bro..
ReplyDeleteSemoga Allah memberkati usaha saudara menegakkan yang hak.
Hidup Uztaz Azizan...hangpa dengki kat dia. Dia hensem, gagah (sebab tu ada 2 bini) dan amat2 intelektual. HIdup Pak Cop. Tak sekolah tinggi, tp bijak dr hangpa semua. Dengan mudah hangpa kan layoq..hahahaha...
ReplyDeleteAUB -Aku UMNO Baru
Orang lain xbetoi ,hampa sj yang betoi porah...
ReplyDeletehampa sakit hati pasai pak cup dapat gaji buta, hampa nak tau dia dok jaga bukit UHUD,bila Lailatulkadar turun dia cekup lah,yang hampa tak dekat langsung dengan bukit UHUD,
Dunia lani sapa pandai ampu dia akan dapat serempu
salam, sy masa dlm tentera dulu selalu dok pesan buku dari cikgu non. lepas tu dengar cikgu non kena isa. Kalau ada yg tau cikgu non ni kena tendang keluar dari PAS ka, Kalau betui pasai apa. Kes pak chup ni lama dah dengar. Sapa yg beti Wallahuaqlam. InsyaALLAH saya akan beli buku ni dari cikgu non. wassalam. warga gurkha malays..
ReplyDelete