Dalam PAS banyak Ulamak,banyak Ustaz, banyak yang ada PHD ada yang ustaz U.Azhar ,Madinah, dan seupamanya.Semua mengaku mahu ikut Al Kuran dan Sunnah nak ikut nabi.Tapi bila timbul apa apa issu dari masa kesemasa .maka keluar lah bebagai kenyataan berbeza hingga penyokong dan rakyat jadi keliru masing masing ada hujah masing masing. Yang taraf ustaz akan keluarkan kenyatan berdasarkan pada pendapat peribadi.Yang tinggi sikit jawatan dalam PAS akan buat kenyataan yang lain pula.Kata kata putus majlis syura atau muktamar tetap tidak di pedulikan.Sekiranya perbezaan pendapat ini sekadar penderian yang diambil tanpa pergi jauh dari itu tidak lah merunsingkan pengikut .Tetapi apa yang nyata hari ini perbezaan pendapat di bawa sehingga peringkat pelaksanaan secara halus mau pun indirect
Ini lah yang dikatakan perpecahan dalaman parti seperti penyakit cencer malah lebih terok dari pepecahan dalam UMNO.Sebab pepecahan dari segi fahaman atau apa apa ulasan mengenai sesuatu isu semuanya bertitik tolak dari dasar parti yang di perjuangkan.Umno berpecah sebab matlamat pemimpin UMNO/BN penuh dengan cita cita hawa nafsu untuk akut harta rakyat dengan cara rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya manakala ahli bawahnya nya ingin berjuang bagi mencapai matlamat parti dan bangsa.
Sejak kebelakang ini sudah semakin jelas isu UG masih lagi dimainkan oleh beberapa pemimpin yang tertentu. di Negeri Selangor dan juga PAS pusat masih adalagi yang tak puas hati dengan isu ini malah cuba menghidupkan semula.Masih adalagi pihak yang mahu meyemak semula padahal mereka tahu UG sudah ditolak oleh keseluruan ahli malah majlis syura sekali pun.Masih adalagi usha usha pihak tertentu untuk menyuburkan UG dengan membuat ciptaan berbagai andaian nagatif terhadap komponent PR.Malah saya berani katakan UG sedang dilaksanakan secara halus oleh MB KEDAH secara senyap senyap dan Hassan Ali PJ selangor sedang menanti peluang atau ruang yang sesuai untuk menanam semula UG dalam bentuk yang lebih komplek lagi.Apakah dengan hanya alasan mereka (Hasan Ali) di ketepikan dan tak ada peluang habuan maka sentiment perkauman yang di haramkan oleh syarak di mainkan supaya PAS keluar dari PR ini motifnya.
Bukankah lebih baik pemimpin PAS yang ada PHD mempersiapkan beberapa cadangan dalam bentuk dasar yang boleh ditawarkan pada rakyat sekiranya PR di beri kuasa.nanti supaya rakyat boleh menilai bahawa PAS bukan saja sebuah parti yang matang tetapi juga parti Islam yang professional.Apakah manifesto saja yang di utamakan setiap kali PRU sama dengan amalan UMNO/BN yang sudah membosankan pengundi..Kalau ia pun menisfesto merupakan ajenda utama dalam piliharaya apakah ianya mampu di laksanakan sepertimana di KEDAH...Bukankan mempersiapkan suatu tawaran dalam bentuk dasar yang lebih menarik dari UMNO/BN perlu di beri perhatian serious .dasar pemerentahan yang menentukan hala tuju sebuah Negara dan rakyat.
Dalam melaksanakan ajenda politik sesuatu pemerentahan Negara ianya merangkumi aspek yang luas bagi membentuk rakyat tetapi yang memainkan peranan utamanya melibatkan Ekonomi,sosial dan Politik..Ekonomi seperti fuel umpama kereta yang mahu bergerak memerlukan minyak.Bukankah tugas dakwah yang diwajibkan keatas umat islam khusnya pemimpin PAS sebagai pengerak manhaj dan fikrah dalam mengerakan sebuah pemerentahan melalui ekonomi boleh dijadikan suatu tawaran baru pada rakyat.
Sekiranya PR dapat kuasa ruang yang begitu luas bagi pemimpin PAS bagi melaksanakan ajenda mendakwah.melalui idea idea Islamik, yang terdapat dalamnya social,ekonomi dan politik islam dapat di laksanakan sekiranya persiapan awal dibuat.Lebih berfaedah dari membuat andaian andaian buruk terhadap rakan seperjuangan khususnya DAP.
Mana mana Negara di dunia ini meletakan Ekonomi sebagai pengerak utama.sesuatu pemerentahan .Amanah yang di berikan oleh rakyat mengurus hasil cukai rakyat dengan cara yang betul dan di berkati.Bukankah aklak pemimpin PAS juga merupakan sesuatu dakwah pada parti politik yang lain yang tidak islamik.Melaksanakan pemerentahan yang adil merupakan suatu tindakan dawah yang seharusnya di amalkan oleh mana mana pengamal demokrasi yang memperjuangkan islam.
Merpersiapkan satu cadangan bagi mengikat dan mempegaruhi pengundi dalam bentuk Ekonomi Islam ,Syariat islam,Pentabiran Islam yang lebih sesuai untuk dilaksanakan menepati isu (Common Issue) bersama yang di perjuangkan oleh PR.Ini boleh di ketengahkan dalam kerajaan PR nanti jangan jadi macam pentabiran negeri Kedah seolah olah mengikut cara acuan yang tersendiri dimana letaknya islam dan dimana letaknya tugas dakwah ahli PAS sendiri dah jadi keliru..Kelantan kearah lain KEDAH kearah lain kedua duanya sudah nampak perbezaan yang jelas dari segi pelaksanaan walaupun MB nya tetap mengaku ianya lain dari UMNO/BN.Alasan demi alasan yang kita dengar dari mulut ustaz ustaz PAS KEDAH yang sudah selesa dengan jawatan habuan yang di anugrahkan oleh ketua Azizan Razak justru semuanya mengiakan apa saja walaupun bercangah dengan dasar parti yang di perjuangkan selama ini.Hingga ada yang mengatakan perjuangan PAS kedah lebih iklas kepada Rakyat sebelum PRU 12 tetapi bila dah perolehi kuasa yang di laksanakan hanyalah dalih dalih sama seperti UMNO/BN sebelum ini.Yang jelas dan nyata pemerentahan PAS KEDAH sedang melaksanakan cita cita nafsu MB nya ia itu AZIZAN RAZAK. Ini di akui sendiri oleh akar umbi PAS yang telah mula menyedari hakikat ini.
Apa gunanya dibuat perjumpaan sulit secara langsung mau pun tidak langsung semata mata untuk memporpilarkan idea tersendiri yang bercangah dengan sifat amal jamaai,walak , tikqah,dan syura .Usrah usrah sulit bagi pemimpin yang tertentu dalam keadaan tertutop antara ahli.Mana prinsip amal jamaai yang di laungkan adalam usrah dan tarbiah apakah slogan slogan hanya untuk ahli bawahan amalkan sedangkan pemimpin yang di atas mempuyai ajenda lain yang tersembunyi. Hanyalah slogan kosong sama seperti UMNO melaugkan perpaduan melayu semata mata untuk mengekalkan status kuo dan kemudiannya memburu jawatan dan habuan bila dapat kerusi ADUN atau Parlimen..Inikah yang sedang di amalkan oleh PAS sekarang ini beranikah ahli PAS Kedah menjamin bahawa perkara ini tidak berlaku di KEDAH dan di SELANGOR
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment
Apa Komen anda