Dalam PAS banyak Ulamak,banyak Ustaz, banyak yang ada PHD semua mengaku ikut mahu ikut Al Kuran dan Sunnah nak ikut nabi.Tapi bila timbul apa apa issu dari masa kesemasa Isu maka keluar lah bebagai kenyataan berbeza hingga penyokong dan rakyat jadi keliru masing masing ada hujah masing masing Yang taraf ustaz akan kata dia hanya Ustaz nak perentah cara Ustaz yang ulamak pulak kata cara Ulamak.Betul kah hujah itu atau semata mata mahu mencari alasan peribadi.Pokoknya harakah Islamiah.Bergerak dengan satu dasar dan matlamat menegakan syariat mengambil contoh dari sirah Nabi.Dari sudut pelaksanaan apabila kita sebagai rakyat biasa terlibat dengan menlantik pemimpin khususnya dari PAS maka kita tidak dapat lari dari mempersoalkan model contoh pemerentah yang bakal di laksanakan .Apakah contoh pemerentahan yang terdahulu akan di laksanakan oleh PAS.Sebab segala contoh pelaksanaan sudah pun terdapat dalam sejarah dan sirah.Bila timbul persoalan ini maka diam seribu bahasa.Timbul cakap cakap serta pendapat dari pimpinan PAS berbagai contoh dan bentuk termasuk lah cara yang tersendiri.Namun Perinsip pemerentahan yang sebenar tidak juga di perjelaskan.Apakah ala Arab Saudi ala Iran ala Taliban,ala Kulafah Rasyidin Ala Muawiyah ,ala Omar Abdul Aziz persoalan ini tidak pernah dijawap.Tiba tiba keluar dari mulut MB Kedah nak mengikut cara Muawiyah. Pulau Pinang Ketua menteri yang bukan islam mengumumkan nak ikut contoh pemerentahan Omar Abdul Aziz.
Setelah mempuyai kuasa dan mandat menang PRU 12 yang lalu pelaksanaan dah jadi berbeza sampai antara Kelantan dan KEDAH bezanya ala PAS dan UMNO padahal satu Parti yang memerentah di pimpin di bawah satu Mursidul Am.Akibatnya hingga hari ini tidak tahu hala tuju ke arah mana hendak di bawanya Parti dan Rakyak KEDAH. Oleh Azizan .Walau pun Terangganu memeretah satu penggal dan Kelanatan mampu bertahan hingga hari ini sekurang kurang kurangnya pelaksanaan dalam merealisasi cita cita islam berjaya di laksanakan melalui Pindaan Enekment Ugama Islam di peringkat negeri telah dilaksanakan dan di luluskan.Cuma pelaksanaan dalam menguatkuasa undang undang tidak dapat di teruskan di sebabkan Akta dari peringkat Pusat yang diterajui BN menghalangnya.Rakyat serta penyokong amat memahami situasai ini dan ruang yang terhad tiadak mengizinkan pelaksanaan.Namun tugas parti islam sebahagianya telah di laksanakan.
Ini bermakana tugas sebagai Parti Islam dalam menterjemahkan islam dalam bentuk pindaan undang undang telah mencapai suatu peringkat yang dikatakan mukadimah pelaksanaan Islam.Tetapi apakah KEDAH akan buat perkara yang sama??Apakah mencari model contoh pemerentahan Islam ala MUAWIYAH yang di banggakan AZIZAN RAZAK merupakan contoh yang baik.Apa kah yang AZIZAN banggakan dengan Muawiyah yang terkenal dengan berbagai peyelewengan salah guna kuasa.Saya tidak nampak apa apa kebaikan pada jemaah islam atau PARTI dengan terdapatnya pimpinan yang sedemikain.Pemikiran serta tingkah laku aklak pun sudah nampak jauh dari mewarisi Muawiyah malah lebih terok dari itu.
35 tahun sebagai aktivis PAS tidak pernah saya dengar dalam Usrah mau pun tamrin yang saya ikuti tidak satu pun ulamak atau Ustaz yang mengagongkan MUAWIYAH atau ikut contoh MUAWIYAH dari segi memimpin jemaah dari masa kesemasa .Apakah fikrah AZIZAN yang sedemikian sesuai dalam harakah atau beliau cuba untuk memporak perandakan PAS dengan satu aliran pemikiran yang bertentangan dengan kehendak Islam yang syumul.Biar PAS kedah pecah asal Aku jadi MB dan berkuasa…apakah demikian cita cita PAS atau hasil tarbiah PAS selama ini pada AZIZAN.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
1 month ago
Undertaker, berapa kerat la sangat umat akhir zaman ni nak mengenal kebenaran..Tambah lagi umat Islam yang bacul penuh berselerak tak kira parti. Tapi bila seorang MB Ustad boleh buat Muawiyah idola hidup dia, ada benda besar yang tak kena dgn prinsip hidupnya.....terserlah sangat-sangat keDAJALannya.....Lingkup...lingkup..tak keluar mengundi lah aku sekeluarga.. Terang-terang hgpa lagi bahaya dari Umno...
ReplyDeleteJangan kata Hampa kata lah Azizan lagi terok dari Muawiyah.Elok kalau dia betanding sekali lagi di DUN SALA elok lah kalau orang Pas tak undi dia lagi.Melainkan pengundi PAS tu bahalol.Walak tak kena tempat.Tapi yang pelik ada tok guru dok sokong dia lagi walau pun dia kata begitu.
ReplyDeleteAku pun tak paham awat masih ada dok sokong azizan ni (selain drp yg dok kat wisma dan depa2 yg dok bodek dan ada udang sebalik mee). Dari segi akhlak pun tak nampak sifat2 kepimpinan islam sejati. Perongoih memanjang. Balaci2 dia pun ulaq ayaq...heran aku kalau PAS kedah dok biar sj camni. Alamatnya, mmg aku pun cam Black la, takmo kuaq undi la...meluat dah tgk org macamni.
ReplyDeleteNampaknya Saudara begitu jahil tentang penilaian Ahlus Sunnah Wal Jamaah terhadap Saiyidina Muawiyah.
ReplyDeleteSedih saya bila melihat saudara yg mengaku kononnya telah 35 tahun berjuang dalam PAS, tapi tapi begitu rendah tahap pengetahuan saudara tentang sirah hingga terpengaruh dengan gambaran herot dan penyelewengan fakta yang dibawa oleh golongan Syaih dan musuh Islam dalam memburukkan para sahabat Nabi SAW termasuklah Muawiyah.
Bila menyebut tentang Muawiyah, rata-rata ummat Islam yang jahil tentang fakta sebenar seringkali mengaitkan Muawiyah sebagai seorang pemerntah yang zalim, pengasas sistem monarki, ahli politik yang licik dan dan egois, pemutar belit, gila kuasa dan sebagainya. Inilah akibat bila cerita-cerita karut yang direka Syaih masuk ke dalam buku-buku sejarah Islam yang diajar di sekolah dan berlegar dalam masyarakat.
Tetapi ramai yang tidak tahu atau tidak sedar bahawa Muawiyah ialah penulis wahyu yang dipercayai Rasulullah dan seorang sahabat yang Nabi pernah berdoa ke atasnya.
Soalnya siapakah yang memimpin armada pertama dalam sejarah Islam menentang tentera-tentera Rom? Siapakah pula yang telah menakluk Cyprus, Sicily, Rhodesia, Sudan, Qairawan dan Sind? Siapakah yang menyatupadukan kembali umat di bawah satu panji-panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama berikutan perpecahan dan peperangan saudara yang berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Ali? Dimanakah Muawiyah yang diakui Rasulullah saw, para sahabat dan tabi’en sebagai seorang pemimpin Al-Mahdi, adil, amanah, berani, penyantun, berilmu dan contoh mithali dalam pentadbiran dan penyusunan kerajaan…?
Kelebihan dan kemuliaan Saiyidina Muawiyah ini boleh kita lihat dalam banyak hadis dan atsar para sahabat dan tabien. Antaranya dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang Nabi SAW bersabda : "Tentera pertama dari umatku yang berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga." Tahukah Saudara bahawa peristiwa perang yang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28H, semasa pemerintahan Saiyidina Uthman di bawah pimpinan Saiyidina Muawiyah .
Keutamaan yang lain: Beliau merupakan penulis wahyu, menunjukkan betapa tingginya kedudukan beliau dari kalangan sahabat-sahabat baginda saw, dan membuktikan betapa Rasulullah mempercayainya. Beliau telah didoakan oleh Rasulullah supaya menjadi seorang pemimpin yang terpimpin dan seorang yang diajarkan oleh Allah pengetahuan tentang Al-Kitab dan ilmu hisab, dijauhi azab dan lain-lain. Sebagaimana didoakan oleh Rasulullah supaya dimantapkan pemerintahannya. : “ya Allah jadikanlah dia seorang pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah(manusia) dengannya” -(lihat kitab Sohih Tarmizi jld.2).
Kalaupun Saudara tidak bersetuju dengan MB Kedah, itu hak Saudara dan sudah tentu beliau punya kelemahan selaku manusia. Namun, sebagai seorang Islam apatah lagi mendakwa sebagai pejuang Islam yang bergerak di dalam harakah Islamiyyah yang mendukung kesyumulan Islam berteraskan ajaran Ahl Sunnah Wal Jamaah, hindarilah dari mencerca para sahabat Nabi. Tambahkan ilmu saudara dari ulamak-ulamak PAS. Nescaya mereka semua akan menolak penghinaan terhadap Muawiyah sabahat Nabi yang mulia.
Naim Hidayatullah
Saudara Naim,
ReplyDeletesaudara boleh menyusun beribu kata indah untuk Muawiyah selagi adanya cinta saudara kepadanya. Saudara boleh mengutip 'hadis-hadis' yang kunonnya mengagongkan Muawiyah. Benar atau tidak, saudara usahalah mencarinya. Jikalau saudara memihak kepadanya, usah dihairankan, 45,000 mati di pihak Muawiyah sementara 25,000 di pihak Saidina Ali di perang Siffin.
Tapi, siapakah Muawiyah jika hendak dibandingkan dengan Saidina Ali??? Disini ada perbezaannya, dan disini juga menjadi jurang pegangan. Tapi selagi saudara berpegang dengan rhetorik pegangan saudara, kebenaran amat sukar saudara temui. Tuntutlah ilmu. Kebenaran tidak akan saudara temui jika saudara sendiri meletakkan kebenaran itu keatas ketokohan individu. Itu perbezaannya.
puak yg dok kalut nak buat hudud nie bukan reti apa pon sembang ja lebih...menang perintah negeri pon sebab campoq kerusi dengan PKR DAP dok sembang kemaih..HUDUD HUDUD...pierahhhh
ReplyDeletePulon laa bagi menang TOTAL KERUSI yang PAS lawan tuuu lepas tu baru GEBANG HUDUD.... nie cungit PKR DAP tuuu jatuh habih kuasa Kerajaan Negri tuuu...
masa tu baru Padam muka hangpa kalut nak buat HUDUD sangat... masa tu UMNO ambik hangpa serulah suruh depa tu buat HUDUD.. baru ada akai...
pelik sungguh orang PAS ni bila hujah itu menyokong Saidina Ali di tuduh Syiah Macam lah Syiah tu ajaran sesat atau mazhab yang sesat.Ini lah masalah orang islam tak reti nak ikut pesan nabi.Nabi suruh ikut Al Kuran dan Sunnah bukan ikut sunni atau syiah.
ReplyDeleteSdr Zulfikar,
ReplyDeleteHadis pertama yg saya bawak itu ada terdapat dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim, yang merupakan rujukan utama ummat Islam selepas Al Quran. Apakah Saudara menolak Sahih Bukahri dan Muslim?
Cinta kepada Muawiyah bukan bermakna benci kepada Saiyidina Ali.Keduanya wajib dikasihi oleh kita selaku ummat Islam. Dalam aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah terdapat satu prinsip penting yang dinamakan sebagai A'dalatu Sohabah yang mana ulamak ahlussunnah zaman berzaman menyatakan haram untuk kita mencerca dan mencela para sahabat Nabi SAW.
Menurut Al Imam Ibn Hajar Al Asqalani sahabat nabi bermaksud "mereka yang sempat bertemu dengan Nabi s.a.w., beriman dengan baginda dan mati dalam keadaan Muslim".
Di sisi ahli hadith seperti al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, sifat ‘adil’ bermaksud:
Maksud adil ialah orang yang mempunyai sifat ketaqwaan dan maruah (kehormatan). Erti taqwa pula ialah dengan menjahui perbuatan buruk seperti syirik, fasiq dan bid’ah (al-Asqalani, Ibn Hajar, T.th., 1).
Merujuk kepada para sahabat, sifat keadilan yang disandarkan kepada mereka bukan sekadar sifat taqwa dan memelihara maruah, tetapi juga kebenaran mereka dalam memperaktikkan agama dan menyampaikannya kepada generasi seterusnya. Sifat keadilan para sahabat menyebabkan mereka tidak akan berdusta di atas nama Allah mahupun Rasulnya Muhammad s.a.w. dalam hal ehwal agama. Keadilan para sahabat memiliki dalil al-Quran, al-Sunnah dan Ijma ulama. Ia akan di bincangkan selepas ini insyaAllah.
Di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah keadilan para sahabat merangkumi mereka yang terlibat dalam fitnah pada zaman tersebut. Fitnah yang dimaksudkan adalah seperti peristiwa pembunuhan Uthman sehinggalah kepada pertempuran sesama sahabat di perang Jamal dan Perang Siffin.
Kata Ibn Kathir: Adapun perselisihan yang terjadi di antara mereka sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w., maka ada yang terjadi secara tidak sengaja seperti Perang Jamal (antara Ali dengan Aisyah) dan adapula yang terjadi berdasar ijtihad seperti Perang Shiffin (antara Ali dengan Mu’awiyah). Ijtihad terkadang benar dan terkadang salah, akan tetapi (bila salah) pelakunya akan diampuni Allah dan akan dapat ganjaran adapun ia salah. Adapun jika ia benar ia akan dapat dua ganjaran. Dalam hal ini Ali dan para shahabatnya lebih mendekati kepada kebenaran daripada Mu'awiyah mudah-mudahan Allah meridhai mereka semuanya (Ali, 'Aisyah, Muawiyah dan para shahabat mereka) (Ibn Kathir, T.th, 154).
Tidak ada tuduhan atau anggapan buruk terhadap keadilan para sahabat melainkan oleh segelintir kaum yang jahil dan mereka yang sememangnya memusuhi Islam dan umatnya. Untuk membuktikan keadilan para sahabat, berikut dikemukakan dalil-dalilnya daripada al-Quran, al-Sunnah dan Ijma ulama.
Ibnu Katsir di dalam tafsirnya berkata : Semua shahabat adalah adil menurut Ahl Sunnah Wal al-Jamaah, kerena Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memuji mereka di dalam Al-Quran dan al-sunnah Nabi s.a.w. pun memuji kelakuan dan ahlak mereka. Mereka telah mengorbankan harta dan jiwa mereka di hadapan Rasulullah s.a.w., dan mereka mengharap ganjaran yang baik (dari Allah) (Ibn Kathir, T.th,154).
Harap Saudara Zulfiqar berhati-hati dalam memperkatakan tentang para sahabat. Imama besar dalam Mazhab Shafie iaitu Imam Al-Nawawi meenyatakan : Ketahuilah bahawa mencela para sahabat radhiallahu 'anhum adalah haram, ia termasuk perkara keji yang diharamkan sama ada kepada mereka yang terlibat di dalam peristiwa fitnah atau selainnya. Ini kerana mereka adalah para mujtahid di dalam peperangan tersebut. al-Qadhi (‘Iyadh) menambah: Mencela salah seorang daripada sahabat merupakan kesalahan yang besar. Pandangan kami serta pandangan jumhur ilmuan adalah mereka itu dihukum tetapi tidaklah dibunuh. Namun menurut sebahagian ulama’ Maliki mereka itu dibunuh (al-Nawawi, 1392H, Jld. 16, 93).
NAIM HIDAYATULLAH
Saudara Naim,
ReplyDeleteBilamasa mana ntah Rasulullah saw ada sebut nama Muawiyah?? Tak dak pun...
InsyaAllah, saya perjelas satu persatu. Anyway, saya bukannya Wahabi..
Nabi SAW bersabda : "Tentera pertama dari umatku yang berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga."
Saudara tambah lagi pula,"Tahukah Saudara bahawa peristiwa perang yang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28H, semasa pemerintahan Saiyidina Uthman di bawah pimpinan Saiyidina Muawiyah ."
Hadis rasulullah itu memang shoheh dan sabit, tapi ianya bukan ditujukan kepada Muawiyyah dan Yazid, dan langsung tidak ada kena mengena dgn mereka. Berikut adalah cerita yg sebenar:
Pertempuran pertama terjadi pada tahun 27-28 H (647 M). Makam, Ummu Haram binti Malhan yang didoakan oleh Rasulullah saw agar menjadi orang yang ikut serta dalam peperangan laut pertama bagi kaum Muslim merupakan bukti yang nyata. Makamnya di Cyprus tetap dikenal orang sampai masa Harun ar-Rasyid. Umar ra melarang kaum Muslim untuk berperang di laut, namun pada masa kekhalifahan Usman ia mengizinkan orang yang ingin berperang di laut atas keinginan sendiri. Sejak itu kaum Muslim tidak ragu-ragu lagi. Mereka terus bergerak maju mengarungi lautan dan mengibarkan panji perjuangan di atas permukaan laut dengan meraih kemenangan. Pasukan Islam dapat masuk ke Cyprus tahun 28 H (648 M) di bawah pimpinan Abdullah bin Qais dengan 1700 perahu. Ikut serta dalam peperangan ini Ummu Haram binti Malhan bersama suaminya, Ubadah bin ash-Shamit, juga Abu Ayub al-Anshari, dan sahabat-sahabat Rasulullah yang lain.
Belum sampai setengah abad Islam muncul, Laut Putih telah menjadi pusat perjuangan, pusat kemenangan yang gilang-gemilang, dan pusat serangan-serangan mereka yang gagah berani. Laut itu menjadi berada di bawah kekuasaan mereka, serta lebih kuat dan lebih kokoh dari kekuasaan di darat. Sejak zaman Khalifah Usman ra-di mana pada masanya Islam masuk ke Jawa dan utusan-utusannya telah sampai ke negeri Cina-orang-orang Arab telah berangkat ke Laut Putih dengan kekuatan angkatan laut dan serangan-serangan yang dahsyat untuk menguasai pulau-pulau yang dekat dengan pantai-pantai yang dikuasai Islam. Tujuannya adalah untuk mencegah timbulnya kekacauan yang dilakukan para penduduk pulau-pulau yang berdekatan dengan pesisir negeri Syam.
Pada tahun 27 atau 28 H (647 M) kaum Muslim mengadakan pertempuran laut di Kepulauan Cyprus. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dikatakan bahwa Rasulullah saw bangkit dari tempatnya dengan tertawa. Lalu Ummu Haram bertanya kepada beliau, "Apa yang membuatmu tertawa, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Orang-orang di antara umatku menunjukkan kepadaku sebagai pejuang fi sabilillah yang mengarungi gelombang laut seperti raja-raja di atas singgasana." Lalu Ummu Haram berkata kepada beliau, "Mohonkanlah kepada Allah agar Ia menjadikan aku termasuk di antara mereka." Lalu Rasulullah pun mendoakannya.Ummu Haram mengarungi laut di masa Muawiyah berkuasa di Syam, pada masa kekhalifahan Usman. Lalu ia terjatuh dari kudanya ketika ia kembali dari laut sehingga ia gugur dan di makamkan di Cyprus. Kejadian ini diceritakan oleh Ibn Abdil-Ban dan ath-Thabrani. AthThabrani meriwayatkan hadis ini dari Ibr al-Ghaz dengan sanad para perawinya yang sahih. Ia berkata, "Mereka-yaitu penduduk Cyprus mengatakan, 'Ini adalah makam seorang wanita yang salehah."
Jadi Ummu Haram adalah orang yang pertama yang berperang dilaut dan ianya tidak ada kena mengena dengan Muawiyyah atau Yazid. Malah dalam peperangan kedua juga Muawiyah dan Yazid TIDAK pernah menyertainya. Peperangan kedua adalah pada tahun 32 H dan kaum Muslim menyerang Cyprus dan dapat menaklukannya. Mereka juga menyerang Pulai Sicilia. Pada masa pemerintahan Walid bin Abdul-Malik mereka menyerang pulau Creta, Sicilia, dan Sardinia, dan berhasil menduduki Kepulauan Baleares (Mayorka dan Menorka).
Bersambung lagi.....
Adapun kaitan Yazid bin Muawiyyah terhadap peperangan PERTAMA ummat Muslim dillaut adalah berkenaan dengan 'Perlanggaran Perjanjian' antara kaum Muslim dan kaum Cyprus. Bangsa Romawi menjadikan pulau ini dan pulau-pulau lainnya sebagai pangkalan untuk menyerang pelabuhan-pelabuhan Muslimin. Walaupun demikian kaum Muslim memasuki pulau ini secara damai dengan syarat para penduduknya bersikap neutral, tidak membantu. Muslim dan tidak juga membantu musuh mereka, agar kaum Muslim membiarkan (tidak mengganggu) mereka.
ReplyDeleteNamun pada tahun 32 H/652 M. mereka melanggar perjanjian dan membantu Romawi menghadapi kaum Muslim, sehingga kaum Muslimin memerangi mereka pada tahun 33 H/653 M dan menduduki pulau itu. Kemudian terjadi perdamaian yang kedua kalinya. Mulailah kaum Muslim hijrah ke sana, lalu membangun masjid-masjid dan tempat-tempat tinggal. Setelah itu Yazid bin Muawiyah menyuruh kaum Muslim untuk keluar dari pulau itu, menarik pasukan penjaga dari sana, dan menghancurkan apa yang telah mereka bangun. Lalu penduduknya kembali melanggar perjanjian dan pulau itu menjadi markas penyerangan terhadap negeri-negeri Islam, sehingga orang Romawi dapat melakukan penyerangan dan menawan sejumlah kapal Muslimin pada tahun 74 H/693 M.
Rujukan:
Sejarah Perkembangan Islam di Timur Jauh, Al-Habib Alwi bin Thohir Al-Haddad
Sdr Zulfikar,
ReplyDelete1. Nama Muawiyah ada disebut oleh Rasulullah dalam dua hadis sahih bilamana Rasulullah mendoakan Muawiyah. Hakikat ini menjelaskan kepada kita kemuliaan Muawiyah sebagai salah seorang dari sahabat Nabi SAW dan juga penulis wahyu. Sila saudara rujuk kepada dua hadis berikut yang mafhumnya:
a) “Ya Allah, anugerahkanlah kepada Mu’awiyah ilmu al-Kitab (al-Qur`an) dan al-Hisab (ilmu hitung) serta jauhkanlah beliau dari azab.” [Hadith riwayat Imam Ahmad dan dishahihkan oleh Sheikh Nasiruddin al-Albani]
b)“Ya Allah, jadikanlah Mu’awiyah sebagai pembawa petunjuk yang memberikan petunjuk. Berikanlah petunjuk padanya dan petunjuk (bagi umat) dengan keberadaannya.” [Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi. Dishahihkan oleh Sheikh Nasiruddin al-Albani]
2) Memang tidak ada nama siapapun yang disebut oleh Nabi SAW sewaktu Nabi mengatakan mereka yang pertama berperang di laut dijanjikan Syurga sebagaimana yang diriwayatkan Bukhari. Nama Ummu Haram pun tidak disebut Nabi. Namun, ulamak besar ahlus sunnah iaitu Ibn Hajar Al Asqalani di dalam kitabnya yang masyhur, Fathul Bari yang merupakan syarah utama terhadap Kitab Sahih Bukhari menyatakan di dalam syarahnya terhadap Hadis tersebut : "Al-Muhallab berkata: Hadith ini menjelaskan keutamaan Mu’awiyah karena beliaulah orang pertama yang berperang di lautan.” [Fathul Bari, Ibn Hajar al-Asqalani (Jilid 6, m/s 120)]
3. Apa yg saya nyatakan dalam posting sebelum ini berkaitan dengan kedudukan Muawiyah sebagai tentera pertama berperang di laut, bukan tokok tambah atau rekaan dari saya sebagaimana yang Saudara sangka, tapi ianya adalah penyaksiaan ulamak-ulamak besar Ahlus Sunnah sejak zaman berzaman seperti Ibn Hajar Al Asqalani.
Bersambung...
Naim Hidayatullah
Sambungan..
ReplyDelete4. Saya tidak menyebut nama Yazid bin Muawiyah dalam mana-mana posting saya. Namun apabila Saudara turut mengheret nama beliau, maka saya naqalkan kata-kata Syeikhul Islam Al Imam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Majmu' Fatawa : "Yang benar adalah apa yang diperkatakan oleh para imam bahawa mereka tidak mengkhususkan kecintaan kepada Yazid mahupun melaknatnya. Sekalipun beliau seorang yang fasiq atau zalim, maka Allah akan mengampuni seorang yang fasiq dan zalim jika orang itu memiliki beberapa kebaikan yang besar. Sesungguhnya al-Bukhari di dalam Shahihnya telah meriwayatkan daripada Ibn Umar radhiallahu 'anhuma bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Pasukan tentera yang pertama menyerang Konstantinopel, maka Allah mengampunkan mereka”. Pasukan pertama yang menyerang Konstantinopel adalah dibawah pimpinan Yazid bin Muawiyah.” [Majmu al-Fatawa, Ibn Taimiyyah (Jilid 3, m/s. 409-413)].
5. Saya tidak menuduh Saudara sebagai Wahabi. Namun saya ingin peringatkan bahawa hanya golongan firqah-firqah yang sesat yang mencela para sahabat seperti golongan Syi'ah yang ghulat, Khawarij dan Mu’tazilah. Dan tiada di antara golongan yang mengaku sebagai Ahlussunnah Wal Jamaah yang akan mencela sahabat kecuali diakibatkan kejahilan mereka terhadap agama ataupun kecenderungan mereka terhadap pemikiran firqah-firqah yang sesat.
Bersambung...
NAIM HIDAYATULLAH
Naim, macam Wahabi saja ni...Cuma Wahabi saja agaknya suka memuji Yazid laknatullah.
ReplyDeleteSaudara Naim,
ReplyDeleteSebagaimana yg telah saya sebutkan, saudara boleh mengutip mana-mana hadis yg mana bersesuaian dgn kehendak saudara didalam menyintai Muawiyah dan Yazid. Tiada satu mazhab pun yang sebenar-benarnya lengkap didalam hal tertentu. Tetapi apabila kita menyintai Rasulullah dan ahli keluarganya sepenuh hati, titik kebenaran pasti ditemui. Kesahihan hadis bersandarkan sejarah atau event. Setiap kejadian boleh dsandarkan pada tarikh atau tahun kejadian itu berlaku. Kemudian kita kajilah dengan akal yg Allah kurniakan.
Hadis atau riwayat yg saudara kemukakan juga bertentangan dgn pendapat Ulama yg mengatakan tidak ada Hadis yang memuji Muawiyah bertaraf Shahih.
Ulama Ahl al-Sunnah sudah mengatakan semua hadith yang memuji Mu'awiyah adalah direka-reka.
Beberapa contoh;
1. Al Hafidh Jalaluddeen Suyuti dlm "La'ali al-Masnu'aa fi ahadith al-Maudu'aa" jilid 1 halaman 424: "Imam Hakim menegaskan bahwa tidak pernah ada hadith sahih yg memuji Mu'awiyah ibnu Sufyan"
2. Muhammad bin Ali bin Shawkani dilm "Fawa'id al Mujmu'a fi bay'an al-hadith al-maudu'a", halaman 147 menyatakan bahwa: "Ibn Hibban mengatakan bahwa semua hadith pujian kepada Mu'awiyah dibuat-buat"
3. Al Muhaddith Shaykh Abdul Haqq Dehlavi dlm "Sharh Mishkat Sharif" - jilid 4 halaman 716 (cetakan thn. 1873) sesudah menyebutkan bahwa hadith pujian kepada Mu'awiyah termasuk "hadith batil". Abu Sulaiman yang disebutkan dari komentar Tirmidhi: "...sudah dicatat dlm Jami' al-Usul, ramai Ulama muhaddith sudah sepakat bahwa tidak ada satupun hadith yg memuji Mu'awiya adalah Sahih"
4.Abu'l Hasan Quinani dlm "Thunziyaa/ Shari'a al Murfu'a", jilid 2, Bab 8 halaman 7, memberi komen: "Imam Hakim menyebutkan dari Sibt Ibnu Jauzi dari Isaan bin Ruhiyaa bahwa tidak ada hadits yg memuji Mu'awiyah adalah bertaraf Sahih"
...dan ramai lagi.
Hadis2 kelebihan Muawiyyah jika dibandingkan dgn riwayat2 sejarah dan shahih amat bertentangan dgn hadis itu sendiri.
Ini tak termasuk bab Yazid laknatullah lagi ni...
Senang cerita, isu depan mata macam Ostad Azizan la..
ReplyDeleteDalam PAS Kedah yg ada sekarang pun, ada yg setuju, ada yg tak bersetuju, ada yg ambil keputusan mendiamkan diri dan ada yg menzahirkan ketidakpuasan hati.
Bagi yg berkepentingan, mereka mungkin boleh buat kitab tebal memuji kepimpinan Azizan. Tetapi bagi yg ikhlas sayangkan perjuangan, janganlah dituduh pengkhianat semata-mata hanya sebaris dua kata menegakkan yg hak.
Tengok lah siapa yg memuji dan adililah siapa yg mengeji.
Sembang lah lama mana pun, yg memuji tetap akan memuji, kemungkinan atas ganjaran yg diperolehi. Itu tak payah dihairankan, lumrah dunia.
Tapi, kena kajilah kalau perjuangan itu sendiri mengkhianati matlamat yg dilaungkan selama ini.,sehingga ada suara-suara yg ketidakpuasan hati bergema.
Sdr Zulfikar,
ReplyDelete1. Tlg saudara berterus terang, apa sebenarnya sikap atau penilaian Saudara terhadap Muawiyah. Apakah saudara nak mengatakan Muawiyah sebagai kafir, laknatullah atau munafik?
2. Hampir kesemua kalangan generasi Salaf dan ulamak muktabar Ahlus Sunnah mengitiraf dan memuliakan kedudukan Muawiyah sebagai sahabat Rasulullah. Inilah ijmak yang dapat kita perhatikan dari dulu hingga sekarang. Namun, memang tidak dinafikan bahawa ijtihad dan tindakan Muawiyah di dalam Perang Siffin adalah salah. Tetapi ianya tidak menjadikan Muawiyah kafir, terlaknat atau munafik.
3. Mencela, memaki atau menyesatkan mana-mana sahabat Rasulullah adalah jelas bertentangan dengan akidah Ahlu Sunnah yang berpegang kepada konsep 'A'dalatu Sahabah'.Imam besar Ahluss Sunnah, Imam Abu Hassan Al Asyaari di dalam kitabnya al-Ibanah ‘an Ushul al-Diyanah (ms. 224-225]telah mengingatkan kita : “Adapun apa yang terjadi antara Ali, al-Zubar dan Aisyah radhiallahu 'anhum, maka ia tidak lain adalah takwil dan ijtihad. Ali adalah imam (pemimpin saat itu) manakala setiap daripada mereka adalah orang yang layak berijtihad. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah bersaksi bahawa mereka adalah ahli syurga dan (sebahagiannya) akan gugur syahid. Maka ini menunjukkan bahawa setiap daripada mereka adalah benar dalam ijtihad mereka. Demikianlah juga apa yang terjadi antara Ali dan Muawiyah radhiallahu 'anhuma, ia adalah takwil dan ijtihad. Semua sahabat adalah imam dan terdiri daripada orang yang dipercayai, tanpa dicurigai agama (mereka). Demi sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah memuji mereka keseluruhannya serta menyuruh kita untuk menghormati, mengagung dan mencintai mereka sebagai satu bentuk ibadah. Hendaklah berlepas diri daripada setiap orang yang mencela seorang jua daripada mereka, radhiallahu 'anhum ajma‘in.”
Bersambung.....
NAIM HIDAYATULLAH
Sambungan...
ReplyDelete4. Kedua-dua hadis berkenaan doa Rasulullah ke atas Muawiyah yang saya bawakan sebelum ini adalah dinilai shahih oleh Syeikhul Hadis di zaman kita, Syeikh Muhammad Nasiruddin Al Albaani. Adalah suatu yang lazim berlaku khilaaf di kalangan ulamak hadis di dalam memberikan penilaian terhadap sesuatu hadis. Ada yang mensahihkannya dan ada yang menyatakan ianya hasan atau dhaif.
5. Maka, adalah keterlaluan dan palsu bila saudara mengatakan ulamak Ahlus Sunnah menghukumkan kesemua hadis yang memuji Muawiyah adalah direka-reka. Memang ada yang direka dan dicipta oleh pentaksub Muawiyah, namun bukan kesemua.
6. Tambahan pula komentar yang dari ulamak-ulamak yang saudara bawakan itu adalah komentar umum dan bukan secara KHUSUS merujuk kepada kedua-dua hadis yang saya bawakan tersebut. Saya cabar saudara untuk tunjukkan kepada saya mana-mana ulamak besar hadis yg menilai kedua-dua hadis tersebut sebagai hadis muadhuk (palsu).
7. Muawiyah Abu Sufyan adalah contoh seorang sahabat Nabi SAW yang paling teruk dizalimi oleh fakta sejarah akibat dari dendam puak Syiah Rafidhah hingga terdapat sebahagian dari kalangan Ahlus Sunnah yang terpedaya konon atas alasan untuk menyintai Rasulullah dan keluarganya sepenuh hati sebagaimana yang saudara nyatakan. Namun, apakah dengan mencela sahabat itu adalah bukti kita cintai Rasulullah? Seorang ulamak haraki Ikhwan Muslimin yang terkenal yang juga tokoh sejarah Islam, Syeikh Mnir Ghadban menyatakan : Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi –di dalam sejarah Islam- yang terdiri daripada kalangan para sahabah yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah s.a.w. dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Mu`awiyah bin Abi Sufyan r.a. Sesungguhnya kebanyakan maklumat yang terlekat di pemikiran orang ramai telah diterima sebagai sesuatu yang tidak diragui lagi dan tidak boleh untuk dipertikaikan. Maklumat itu tidak bersesuaian sama sekali dengan darjat yang sepatutnya bagi seorang sahabah Nabi. Gambaran Mu`awiyah pada pemikiran orang ramai ialah seorang yang menuntut kuasa, ahli politik yang cekap, seorang yang mencari kesempatan, dia tidak pernah menghiraukan apa pun dalam usahanya untuk sampai kepada kekuasaan dan seorang yang bertarung kerana inginkan kuasa serta bertindak membunuh berpuluh-puluh ribu orang lain semata-mata untuk menjadi khalifah. Inilah gambarannya yang bertentangan dengan perasaan dan fitrah setiap muslim, namun tiada ganti baginya kerana buku-buku sejarah menyebut demikian. (Munir al-Ghadban, Mu`awiyah bin Abi Sufyan, m.s. 5 Syria, Dar al-Qalam).
NAIM HIDAYATULLAH